Thursday, April 10, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 4

Assalamualaikum

Hari Ketiga
1. Hong Kong Ocean Park
Hari ketiga dekat Hong Kong kami akan ke Hong Kong Ocean Park. Yeay
*Chicken dance again!*
Hong Kong Ocean Park ni bukan taman tema air macam Sunway Lagoon tau, tak ada tempat nak mandi pun. Similar dengan Outdoor theme park Genting Highland. Tapi lagi banyak permainan nya. Tak silap aku roller coaster je ada 4 jenis. Aku berjaya naik satu. ucap tahniah.

Kami ada lagi setahun sebelum 3 series :D
Pemandangan dari bawah
Pemandangan dari atas
Cantik kan

Ocean Park ni sangat luas, Kawasan berbukit bukau tepi laut.  Ada setengah permainan terletak  dekat atas bukit. *Sangat indah*.  Kami menaiki "Ocean Express Waterfront" train untuk naik ke bahagian atas dan menggunakan "Waterfront cable car" untuk turun. Merasa la naik dua-dua.

Going UP
Going DOWN
Tepi laut dan jauh pulak tu
Ocean park terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau nak ikutkan memang tak sempat nak kejar semua attractions, permainan dan shows dalam masa satu hari. Gambau dekat bawah ni  antara permainan yang hado.

 
ai naik hok ni. hebat x?
Muka berani tapi patah balik :p
Selain Outdoor theme park, ada juga shows daripada hidupan laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Kita kena refer pada Map sebab dekat situ ada tulis show time setiap pertunjukkan. So, kita boleh plan masa sebaiknya.

My other half sedang menelaah map
Singa Laut
Paling best
Ramai owang kan

Aku perhatikan dekat Hong Kong ni, setiap taman tema tak kira la Ocean Park, Disneyland dan lain-lain, mereka sangat menjaga kebersihan dan landscaping. Daripada toilet hingga ke Tong Sampah semua cute-cute. Walaupun dekat tandas takdop air nak jirus tapi tak ada pun bau hancing ataupun tisu bersepah-sepah. Kagum!


Dekat bahagian bawah Ocean Park, ada mini zoo. Boleh tengak Panda malas tengah makan buat tak reti je  orang tengah tengok dia. Selain daripada tu, kita boleh bergambar dengan mascot panda, ada lorong seperti Hong Kong zaman dulu, souvenir shop dan banyak lagi.

# Ocean park buka setiap hari dari 10 am ke 7.30 pm. Boleh refer dekat Ocean Park website
# Entrance fees : RM120 per person
# Dekat Ocean Park ada restaurant Halal.
Aku rasa ada kipas kat punggung dia
Old Hong Kong
Makan je
Souvenir Shop
Setiap hari pada pukul 8 malam akan ada persembahan air pancut dekat sini. Nama persembahan tu "Symbio". Memang best sebab air pancut tu keluar dengan irama muzik. Lepas tu ada laser dan api keluar dari kolam. Kalau tak salah, cerita "Symbio" tu berkisar pasal dua ekor naga. Aku tak berapa paham tapi aku nampak ada Naga. Hahahaha

Camno nak kesitu :
  • Dari Tsim sha tsui MTR station ke Admiralty MTR station. Fess HKD 8.70
  • Dekar Admiralty station kena transit naik bas. The Citybus Route 629 runs daily from Admiralty MTR Station Exit B or Central Pier No. 7. The bus fares are HK$10.60 for adults  
  • Dalam 10 minit dah sampai :)

Pemandangan daripada dalam Bas
Dah sampai :D

2. HarbourCity Mall
Selepas layan Symbio kami terus balik, lagipun Ocean Park pun dah nak tutup. Lepas dinner dekat Tsim Sha Tsui, kami pergi jalan-jalan dekat HarbourCity Mall. HarbourCity Mall dekat je, boleh jalan kaki dari Tsim Sha Tsui. Berhampiran dengan Tsim sha tsui promenade.  Walaupun dekat Hong Kong, barang berjenama sangat-sangat murah, aku tengok orang selamba je shopping tapi bukan kami :(
Hafiz kata kalau berjalan tak boleh shopping





Cuaca malam lagi sejuk daripada siang hari. Kesian Hafiz dah pakai 4 lapis baju pun masih sejuk. Sampai terfikir nak beli baju bulus-bulus dekat sana tapi lepas balik Malaysia yang panas jigat ni nak buat hapo. Buat penuh almari je. Kaki aku pun dah menggigil masa ni, rasa macam dah tak larat nak langkah, aku seret je kaki ni akhirnya sampai jugak dekat hotel.


xoxo

Wednesday, April 9, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 3

Assalamualaikum

Hari kedua

Letak je kepala terus hanyut. Nak tengok TV pun tak sempat. Sedar-sedar dah pukul 5 pagi. Pagi tu kami breakfast leftover yang kami tapau malam tadi. Aku ada bawa biskut, roti dan 3 in 1 dari Malaysia. Kena bawa ok sebab musim sejuk kita cepat lapar, jadi kena la ada biskut-biskut nak buat kudap. Nak harap jumpa orang jual kepok lekor ka, goreng pisang ka memang kirim salam la. Kalau hado pun was was nak makan. Maggi tinggal *geram*

# Breakfast dekat Hotel boleh menjimatkan. Bawa makanan daripada Malaysia okeh

Breakfast nasi beriyani malam semalam + Hot choc
1. Hong Kong Disneyland

Destinasi seterusnya untuk harini adalah Hong Kong Disneyland. *Chicken dance*. Pukul 8.30 am kami dah start perjalanan dan memilih untuk menaiki MTR. Hong Kong Disneyland kalau tak salah aku adalah Disneyland terkecil di dunia. Tapi terkecil pun memang tak sempat nak main semua permainan dalam satu hari okeh. Terdapat tujuh park didalam Hong Kong Disneyland seperti gambau-gambau dibawah :D

1. Main street, U.S.A

2. Tomorrowland
3. Toy Story Land

4. Fantasy Land

5. Mystic Point

6. Grizzly Gulch
7. Adventure Land

Tambahan pula time aku pergi agak ramai orang, jadi setiap permainan pun kena queue. Kalau ada duit banyak, boleh je nak stay dekat Disneyland Hong Kong atau Disney's Hollywood Hotel. Lagi dekat tak perlu naik train. Tapi satu malam je dah mencecah lebih 1 ribu. Pensan. Ataupun kalau kita akan stay lama dekat Hong Kong, boleh beli 2-day pass atau access magic (sepanjang tahun) lagi jimat.

Camno nak pergi ke situ : 
  • Dari Tsim sha Tsui  ke Lai king MTR station  (MTR Tsuen Wan Line)
  • Dekat Lai king MTR transit ke Sunny bay station (MTR Tung Chung Line)
  • Dekat Sunny bay transit Disneyland resort (MTR Disneyland Resort)
  • Total Fees = HKD18.30
#Operating Hours between Sunny Bay and Disneyland Resort Station
From Sunny Bay: from 6:15am - 12:45am the following day
From Disneyland Resort Station: from 6:20am - 12:40am the following day
Frequency : 4 - 10 minutes

So dari Tsim sha tsui kita kena tukar 3 train. Tapi Hong Kong MRT sangat systematic, kita tak perlu jalan jauh pun. Lebih kurang MRT Singapore tapi lebih complicated. Asalkan pandai baca signboard dan map MRT tu confirm akan sampai :D

Tung Chung Line transit ke Disneyland Resort line

Comei kan MTR ni. Khas ke HK Disneyland

Bawa balik satu boleh?

# Hong Kong Disneyland buka setiap hari dari 10:00AM - 8:00PM.
# Entrance fees : RM 180 per person
# Terdapat Restoran halal dekat dalam Disneyland ni. Restoran tu terletak dekat Tahitian Terrace at Adventureland dan Explorer's Club Restaurant at Mystic Point. Haritu aku makan dekat Tahitian Terrace. Boleh tahan pokai jugak la.


Set Nasi Beriyanni + Air

Lapau ye
# Jangan terlepas perarakan "Flight Of Fantasy Parade"  ni tau. Meriah dan best


 # Setiap park mesti ada souvenir shop. Memang rambang mata. Tapi kalau tak sempat membeli dekat Disneyland, dekat Hong Kong Airport pun ada. Jangan risau

Orang kirim je banyak ni :p

 # Setiap hari pada pukul 8.30 akan ada "Disney in the stars firework" dekat Main Street U.S.A.



Sangat menarik dan cantik. Masa tengok tu rasa macam nak nangis. Terima kasih cayang sebab bawa i datang sini. Masa kecil-kecil dulu memang favorite tengok Cinderella, Snow White. Insya-Allah satu hari nanti kita datang lagi with our little ones.

Memang kena spend satu hari dekat Disneyland sahaja. Itu pun tak cukup okeh. Rasa macam nak pergi lagi. Ini serius. Selepas Disneyland kami masih ada tenaga. Malam ni kami plan nak ke "Ladies Market" pulak :D


2. Ladies Market

Ladies Market ni macam uptown dan downtown kalau dekat Malaysia. Buka setiap hari dari petang sehingga pukul 10 malam. Ladies Market ni terletak dekat kawasan Mongkok. Kalau nak shopping dekat sini, ilmu bargains harga kena cukup, sebab depa letak harga sembelih punya dan kita kena bargains kaw-kaw. Kalau untung nasib kompem dapat la.

Kat sini aku cuma beli tshirt "I love HK", keychain dan Fridge Magnet je. Banyak juga benda yang aku berkenan tapi pergi shopping dengan Menteri Kewangan banyak sekatan oo. Kalau tak mesti dah penuh tangan aku.

Camno nak pergi ke situ :
  • Sebab kami daripada Disneyland, dari Lai King MTR station ke Mongkok MTR Station , Exit E2. Walk along Nelson Street for two blocks.


Apsal aku macam sarat dengan accessories

Kalau cergas, kita boleh je balik menapak dari Mongkok ke Tsim Sha Tsui, tapi aku tidak. Naik MTR jugak. Sampai Tsim Sha Tsui kami dah tak larat makan dekat kedai. Tapi tapau makanan Pakistani makan dekat hotel


Walaupun kami berada dekat Hong Kong, China tapi setiap hari dok makan makanan timur tengah ja. adoiii

xoxo