Tuesday, May 7, 2013

Asam Pedas

Assalamualaikum

Orang kata kita dibesarkan dengan air tangan emak kita. Walaupun aku membesar dekat perak tapi sebab mak aku orang johor, so makanan belah selatan lagi kerap terhidang dekat atas meja. Asam pedas memang tetiap minggu ado.

Tapi bila tengok style perak dan johor, asam pedas johor lagi pekat. Meh kita kongsi resepi buat asam pedas emak kita. Memang sedap

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri (atau ikan pari, ikan kembong, ikan salmon dan etc)
2 tangkai serai
4-5 batang bendi
2 biji tomato
Air asam jawa (agak-agak la sehingga hapus ikan dalam periuk nun)
sedikit garam
serbuk perasa @ gula

Bahan kisar (2-3 sudu)
50g cili kering (rebus dan tos)
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 ulas bawang besar
1 inci halia
sedikit belacan
sedikit lada hitam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk @ kuali @ belanga
2. Tumiskan bahan kisar tadi bersama serai. Biarkan sehingga pecah minyak

#minyak biar banyak sikit dan pastikan bahan-bahan betul2 garing @pecah minyak bukan hangit tau

3. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
4. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa @ sedikit gula
5. Masukkan ikan
6. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi.

#Bila kita masak, rasa lah 44 kali pun tak mengapa, tak da siapa nak marah pun. Kalau kurang sana sini boleh je tambah apa yang patut.

# Ada orang suka ganti dengan ayam. pun boleh
# Ada orang suka letak daun limau purut. pun boleh






Selamat mencuba




Friday, May 3, 2013

Perjalanan untuk kurus Mak Giant

Assalamualaikum

Dah terlalu jauh aku hanyut, perlu kembali ke pangkal jalan sebelum super duper menyesal.
Selalunya hari ini berkobar-kobar, esok lupa hanyut semula. Tapi hari ini, berazam nak mencatatkan perjalanan kurus Mak Giant ni.

Tinggi aku 156 cm dan berat selepas belajar adalah 58 kg, BMI =24.14. Border line je sebenarnya tapi nak dibandingkan dengan sekarang T_T.  OMG
Lepas kahwin, carta naik dah tak turun-turun lagi dan sekarang berat Mak Giant adalah 68 kg (Yes, puts 10 kg T_T) BMI=28.3 PITAM

Here, BMI Calculator

Katanya, aku ni dah overweight NANGIS T_T

BMI Categories:
  • Underweight = less than 18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater 
Harini, azam aku nak hilangkan 10kg ni, kalau dapat 15kg pun di alu-alukan. Tambahan pula, orang kata kalau gemuk susah nak pregnant NANGIS LAGI T_T
Demi kesihatan yang baik, untuk menambahkan bilangan ahli keluarga dan nak comey lottey semula wiwiwiwiwiwi marilah kita keluar mengundi di hari mengundi . Tetiba

As today, 3rd March 2013 tinggi = 156 cm berat = 68kg
Marilah kita menuju ke angka 5 dihadapan nya. CHAYOK

 Selalu jadi kat titew taww T_T (source : google image)

Wednesday, February 13, 2013

Roti Kacang Pool

Sapa pernah makan roti kacang pool? Orang Johor mesti pernah dengar dan selalu makan. Walaupun kampung aku kat JB, tapi xde sapa pernah citer dan bawak pergi makan. Sehinggalah kawin, apish citer pasal kacang pool yang sedap. Kedai tu dekat sebelah bomba Larkin.

Memula macam tak boleh imagine camner rupa nye, apish kata ada kacang merah, telur dan roti. Aritu pi JB dan akhir nye tercapai hasrat aku nak g makan kacang pool.

Tadaaaa, ni la dia kacang Pool



Satu set ni RM4, apish kata dh naik harga, yela dia makan zaman belajar kot.




Selain tu, sebaris dengan kedai kacang pool ni, ada orang jual lempeng kelapa, nenek memang jatuh hati la kan.




Ni alamat dia:

No. 3, Medan Selera Larkin Bomba (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak)
7.00 am - 12.30 am, di buka setiap hari


Selamat mencuba!


xoxo,
Hafizah



Sambal berlado hijau

Salam,

Kami berdua addicted pada sambal berlado ijo masakan padang. Makan pulak dengan nasi panas-panas. Memang sedap btol. Aritu aku google resepi kat tenet. Adjust sana sini and here we go:

Sambal Berlado hijau (Masakan Padang)

Bahan - bahan

10 tangkai cili hijau
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
ikan bilis (lebih kurang segenggam)
1 biji tomato
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan kukus dan buangkan biji cili hijau
2. Kukus cili hijau dan apabila sudah lembut, tumbuk cili hijau tersebut.
3. Tumbuk bawang merah dan cili padi. (Asingkan dari cili hijau)
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng ikan bilis (jangan terlalu garing)
5. Dengan minyak yang sama (kurangkan sikit, nanti berminyak sgt), tumis bawang merah dan cili padi yang ditumbuk tadi.
6. Masukkan tomato. Apabila tomato sudah lembut, masukkan ikan bilis.
7. Masukkan cili hijau dan tambah kan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!

Sambal ni agak basah dan sedikit berminyak. Boleh jugak nak tambah dengan terung hijau tu.

marvelous..

Selamat mencuba.

xoxo
hafizah


Tuesday, September 18, 2012

Jarak Jauh

Sob sob sob...

Kami cuma dipisahkan oleh Kilometer
Tapi sangat terseksa...

Dia boleh call, dia boleh SMS, dia boleh e-mail

Tapi ai tak boleh..nanti kompem senang je meleleh air mata. Sebak je rasa.

I hate long distance love..

Ya Allah, kuatkan iman hamba mu ini...

Kami sedang diuji...tabahlah hamba mu menempuh ujian Mu.


Tuesday, September 4, 2012

Bertukar Status

Post:2

10 October 2010 ~ in a relationship


17 July 2011 ~ Our Risik day
Majlis super duper simple. Masa ni ai pakai baju kurung kain cotton je. Side dia cuma datang dengan sebuah kereta je (parents in law, his auntie and his opah). Masa ni ai bagi 3 ketul je hantaran, semua nya makanan..hehe



17 September 2011 - Our engagement day
Majlis bertunang ni agak beria gak la sebab ayah ajak orang kampung skali. My baju made in Jakel, dia yang pilih. Merah menyala kot dan dijahit oleh my kazen, yana! dan my veil itu dijahit oleh kak aishah. Nice handmade. Masa ai bagi 13 hantaran dan dibalas 13. Last-last minit ramai pulak sedara mara nak sponser. Sampai ke harini, hafiz still menuntut lagi 2 ketul hantaran dia.


27 April 2012  ~ Our Nikah day
Selamat diIjabkabulkan oleh En.Hasamuddin (My ayah). Majlis berlangsung pada Jumaat malam dekat Masjid Kampung Sayong Lembah. Ada kekalutan berlaku time ni. I start makeup pukul 8 malam n majlis start pukul 845. Depan rumah plak dah kena block dengan khemah. Berlari lari anak mak ke kereta (Dah macam runaway bride) hahaha. Seriously, rasa nak repeat je moment ni. Nak makeup semula. Hahaha



28 April 2012 ~Our Sanding day
My big day! Prepare berbulan2. Mak n Ayah jemput ramai jugak tetamu lebih kurang 1500. Tapi tetamu itu rezeki. Masa ni ai ada 2 orang flower girls, tapi lagi sorang moody. I'm only daughter  in Family but it doesn't mean yang majlis ai akan gilang gemilang. Ikut budget la kan & tak perlu la membazir. Memang la majlis sekali seumur hidup tapi lepas kahwin banyak lagi saluran yang perlu disalurkan. Hahaha. Even berjimat cermat but I love my big day! I love my dress! I love my makeup and I love my groom! Hahaha..
Alhamdulillah



29 April 2012 ~ Our Bertandang day
Hafiz made in Ipoh. So, majlis bertandang pun dekat Ipoh. Teringin nak buat majlis kat dewan tapi hafiz kata mak dia (now, my mak mentua) nak buat dekat rumah jugak. Redha.

Pesan mak, kalau ada orang nak tolong, biar dia tolong, kalau tak berkenan ke tak suka, jgn sampai mengecilkan hati orang. Majlis cuma 3 hari takkan sampai nak bermasam-masam muka. Dari ada orang nak tolong kang, terus kena buat sorg2.

Mak mentua ai requested kiteorg pakai songket. HuhU. Sangat la tak confident pada mula nye. Tapi layan......lelama syok jugak.
Outdoor kat Taman DR.


Walaupun majlis kami sederhana.. Tapi sempurna. Keluarga, saudara mara, kawan-kawan, kenalan keluarga semua datang memeriahkan majlis. Walaupun kita buat persiapan berbulan-bulan, tapi biasalah, still akan ada benda yang tak best. Out of our control. Tapi sabar je la.

Semua sudah tertulis...
Ajal Maut, rezeki, jodoh dan pertemuan..

Alhamdulillah .. Officially, belongs to Mohd Norhafiz..

Dia yang penyabar.. dia yang memahami.. dia yang penyayang dan dia yang suka berjalan :p


Do pray for our happiness till jannah..

Love,
Hafizah

2012

Post :1
(Berdebu..bersawang..berhabuk)

Lamanye dah tak update blog nie...
Banyak yang nak ditulis sebagai memori...

Itulah tujuan utama ai buat blog ni dlu (selain bercita-cita nak jual tudung tapi tak jadi)
Untuk kenangan masa hadapan.. Sebab tak semua benda kita boleh ingat..

Love
-Hafizah-