Wednesday, February 13, 2013

Roti Kacang Pool

Sapa pernah makan roti kacang pool? Orang Johor mesti pernah dengar dan selalu makan. Walaupun kampung aku kat JB, tapi xde sapa pernah citer dan bawak pergi makan. Sehinggalah kawin, apish citer pasal kacang pool yang sedap. Kedai tu dekat sebelah bomba Larkin.

Memula macam tak boleh imagine camner rupa nye, apish kata ada kacang merah, telur dan roti. Aritu pi JB dan akhir nye tercapai hasrat aku nak g makan kacang pool.

Tadaaaa, ni la dia kacang Pool



Satu set ni RM4, apish kata dh naik harga, yela dia makan zaman belajar kot.




Selain tu, sebaris dengan kedai kacang pool ni, ada orang jual lempeng kelapa, nenek memang jatuh hati la kan.




Ni alamat dia:

No. 3, Medan Selera Larkin Bomba (Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak)
7.00 am - 12.30 am, di buka setiap hari


Selamat mencuba!


xoxo,
Hafizah



Sambal berlado hijau

Salam,

Kami berdua addicted pada sambal berlado ijo masakan padang. Makan pulak dengan nasi panas-panas. Memang sedap btol. Aritu aku google resepi kat tenet. Adjust sana sini and here we go:

Sambal Berlado hijau (Masakan Padang)

Bahan - bahan

10 tangkai cili hijau
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
ikan bilis (lebih kurang segenggam)
1 biji tomato
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan kukus dan buangkan biji cili hijau
2. Kukus cili hijau dan apabila sudah lembut, tumbuk cili hijau tersebut.
3. Tumbuk bawang merah dan cili padi. (Asingkan dari cili hijau)
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng ikan bilis (jangan terlalu garing)
5. Dengan minyak yang sama (kurangkan sikit, nanti berminyak sgt), tumis bawang merah dan cili padi yang ditumbuk tadi.
6. Masukkan tomato. Apabila tomato sudah lembut, masukkan ikan bilis.
7. Masukkan cili hijau dan tambah kan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!

Sambal ni agak basah dan sedikit berminyak. Boleh jugak nak tambah dengan terung hijau tu.

marvelous..

Selamat mencuba.

xoxo
hafizah


Tuesday, September 18, 2012

Jarak Jauh

Sob sob sob...

Kami cuma dipisahkan oleh Kilometer
Tapi sangat terseksa...

Dia boleh call, dia boleh SMS, dia boleh e-mail

Tapi ai tak boleh..nanti kompem senang je meleleh air mata. Sebak je rasa.

I hate long distance love..

Ya Allah, kuatkan iman hamba mu ini...

Kami sedang diuji...tabahlah hamba mu menempuh ujian Mu.


Tuesday, September 4, 2012

Bertukar Status

Post:2

10 October 2010 ~ in a relationship


17 July 2011 ~ Our Risik day
Majlis super duper simple. Masa ni ai pakai baju kurung kain cotton je. Side dia cuma datang dengan sebuah kereta je (parents in law, his auntie and his opah). Masa ni ai bagi 3 ketul je hantaran, semua nya makanan..hehe



17 September 2011 - Our engagement day
Majlis bertunang ni agak beria gak la sebab ayah ajak orang kampung skali. My baju made in Jakel, dia yang pilih. Merah menyala kot dan dijahit oleh my kazen, yana! dan my veil itu dijahit oleh kak aishah. Nice handmade. Masa ai bagi 13 hantaran dan dibalas 13. Last-last minit ramai pulak sedara mara nak sponser. Sampai ke harini, hafiz still menuntut lagi 2 ketul hantaran dia.


27 April 2012  ~ Our Nikah day
Selamat diIjabkabulkan oleh En.Hasamuddin (My ayah). Majlis berlangsung pada Jumaat malam dekat Masjid Kampung Sayong Lembah. Ada kekalutan berlaku time ni. I start makeup pukul 8 malam n majlis start pukul 845. Depan rumah plak dah kena block dengan khemah. Berlari lari anak mak ke kereta (Dah macam runaway bride) hahaha. Seriously, rasa nak repeat je moment ni. Nak makeup semula. Hahaha



28 April 2012 ~Our Sanding day
My big day! Prepare berbulan2. Mak n Ayah jemput ramai jugak tetamu lebih kurang 1500. Tapi tetamu itu rezeki. Masa ni ai ada 2 orang flower girls, tapi lagi sorang moody. I'm only daughter  in Family but it doesn't mean yang majlis ai akan gilang gemilang. Ikut budget la kan & tak perlu la membazir. Memang la majlis sekali seumur hidup tapi lepas kahwin banyak lagi saluran yang perlu disalurkan. Hahaha. Even berjimat cermat but I love my big day! I love my dress! I love my makeup and I love my groom! Hahaha..
Alhamdulillah



29 April 2012 ~ Our Bertandang day
Hafiz made in Ipoh. So, majlis bertandang pun dekat Ipoh. Teringin nak buat majlis kat dewan tapi hafiz kata mak dia (now, my mak mentua) nak buat dekat rumah jugak. Redha.

Pesan mak, kalau ada orang nak tolong, biar dia tolong, kalau tak berkenan ke tak suka, jgn sampai mengecilkan hati orang. Majlis cuma 3 hari takkan sampai nak bermasam-masam muka. Dari ada orang nak tolong kang, terus kena buat sorg2.

Mak mentua ai requested kiteorg pakai songket. HuhU. Sangat la tak confident pada mula nye. Tapi layan......lelama syok jugak.
Outdoor kat Taman DR.


Walaupun majlis kami sederhana.. Tapi sempurna. Keluarga, saudara mara, kawan-kawan, kenalan keluarga semua datang memeriahkan majlis. Walaupun kita buat persiapan berbulan-bulan, tapi biasalah, still akan ada benda yang tak best. Out of our control. Tapi sabar je la.

Semua sudah tertulis...
Ajal Maut, rezeki, jodoh dan pertemuan..

Alhamdulillah .. Officially, belongs to Mohd Norhafiz..

Dia yang penyabar.. dia yang memahami.. dia yang penyayang dan dia yang suka berjalan :p


Do pray for our happiness till jannah..

Love,
Hafizah

2012

Post :1
(Berdebu..bersawang..berhabuk)

Lamanye dah tak update blog nie...
Banyak yang nak ditulis sebagai memori...

Itulah tujuan utama ai buat blog ni dlu (selain bercita-cita nak jual tudung tapi tak jadi)
Untuk kenangan masa hadapan.. Sebab tak semua benda kita boleh ingat..

Love
-Hafizah-

Tuesday, November 1, 2011

napa kamu tembam?

sebabbbbbb
 i <3 dis model veri2 much
 beraneka makanan kering dan lauk


Trus kebuluran kalau nampak bubur nasi berlauk..memang layan...laju jer masuk dalam pewut...dengan kerabu mangga nye..hadoiii..x leh tahan....ader banyak kedai bubur berlauk skang ni..yg ni ai makan dekat ngan kg baru...depan Universiti Kuala Lumpur...tp agak mahal..ai mkn kat ampang best n murah.


 dave deli
 i <3 dis model x berbayar ini

Walaupun lahir kat malaysia n x pernah pegang salji ori (kat genting x leh kire) tapi selera kat western kengkadang...padahal dah berpuluh tahun makan ayam tp x pernah jemu2...pic above ms kat OU..layan grilled chicken chop kat dave deli..best gak kedai ni..makanan xdop la murah tp x der gomen tax n service tax..kedai ni dok btol2 sebelah ayamas OU nun...kedai ni ala2 william ngn murni ja tp agak ber gred la..

 Nasik harab....

 Tomei kan?

Nasi arab ni memang layan gilos..kalau x dop accessories pun xper sbb nasik nye dh mmg sedap...yang ni kat restoran d'arab cafe at seksyen 7 shah alam..food court belakang ngan unisel..ya habibi ya maulana...nak try lamb tp namo tanggung risiko..hahahah


Kami berdating kat kedai makan...so, no wonder la badan ai naik dengan jitu...x dop segan silu...haisshhhhhh

Monday, October 31, 2011

Kami berlibur

Stress kerja yang melampau and tiap kali stress mesti rasa lapau macam singa. Lega part tu, stress pulak tengok angka kat atas timbang. stress forever!

Depavali aritu ai gi jalan-jalan wif en.Hafiz officemate. Kiteorang pergi Port Dickson. Musim-musim ujan ni x tau la kenapa depa leh terpk nak ke sana..tp nasib la skang musin hujan petang2, so kiteorg gerak pagi janji melayu...huhu..last pkul 12 tengah ari baru terjun ke laut..tapi depa je la, ai dok2 santai tepi pantai..rasa macam x caya lak, dlu masa time blaja, nampak laut umpama pulang ke habitat, tp skang ni kalau mandi 30 minit, nanti nak kembali kan seri wajah, 30 ari belum tentu lagi ilang burn.

Tapi jangan kata ai x terjun tau...x leh tahan tgk depa nak naik boat pisang tu..hahaha...struggle g tukau baju mandi (baju untuk mandi okeh) pastu join depa. As usual, memula naik macam teruja gila, tapi time abg bot tu bg signal nak jatuhkan kireorg, rasa macam nak suh dia anto balik ke pantai ja...dah tergolek satu hal, nak manjat semula naik bot tu memang rasa mcm dah taubat la nak naik lg...2 kali plak tu tergolek dog nye...tapi fun sbb ai ader 2 pelampung..muahahahaha

 Ahli rombongan =)


 Alor gajah...Alor gajah

 Dalam GUA


 Muzium tentera darat