Tuesday, November 4, 2014

Bell's Palsy

Assalamualaikum

Bersambung dengan cerita persedian raya, mesin jahit dan aktiviti menjahit [disini].

Sehari sebelum Aidilfitri, kami ada dekat Ipoh. Masa ni aku tak ada rasa apa-apa perubahan kecuali terlalu penat. Dalam penat-penat tu, ada hati nak pergi Mydin. Aku nak beli bedak dengan lipstick baru. Kata nak raya kan.  Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku beli lipstick.

Masa aku dok try lipstick tu aku dapat rasa yang bibir aku macam bengkak. Sebab aku tak dapat nak kemam rapat-rapat. Dalam hati dah terdetik, aku tak tahan pakai lipstick ni ke? Allergy ke atau bibir aku dah kena jangkitan daripada lipstick tester dekat situ. Bila tengok cermin tak ada apa perubahan atau bengkak so aku abaikan

Hari ini hari raya. Yeay! Lepas Hafiz balik daripada Masjid, sebelum kita beraya mari kita berselfie. Tapi hasil selfie pada masa tu semua menampakkan muka aku macam mak tiri yang jahat. Hahaha
Tak ada seri dan aku mcm pelik mana hilangnya kemanisan dalam senyuman ku. Hahaha

Muka aku nampak sombong
Semakin banyak bergambar dan berselfie, muka aku rasa semakin berat. Aku tengok dekat cermin, bila aku senyum, senyuman aku dah tak semetri. Aku mengadu dekat Hafiz dan mak, mak suruh aku makan panadol mungkin aku kena sengatan atau apa-apa sahaja lah. Biasa lah orang tua, panadol for all hahaha Akhirnya aku tertidur di petang aidilfitri. Malam tu ada suara-suara mengatakan yang aku terkena minor stroke. Hati aku mula gundah gulana hahahah

Aku rasa mcm sihat je, tak ada pun rasa berat sebelah badan atau tak boleh angkat tangan semua. Cuma muka aku je yang dah tak bekerjasama antara satu sama lain. Keesokan harinya, Hafiz ajak aku beraya dekat kampung dia dekat Parit dan lepastu balik Ipoh, memang perjanjian seperti itu. Selang sehari di kampung masing-masing. Kadang kadang terasa payah jugak kampung dokat-dokat ni. Sebelum tu aku ajak dia singgah dekat Klinik, tapi kebanyakkan klinik tutup.

Pada mula nya macam ok, tapi semakin petang aku perasan percakapan aku dah semakin "teylo". Ni bahasa perak yang menunjukkan pertuturan semakin hilang bunyi asal. Macam lidah keras tapi sebenarnya tak keras. Masa aku nak makan dengan sudu pun dah terasa senget benget mulut ni. Aku dah semakin cuak.
Dalam perjalanan balik daripada Parit ke Ipoh, aku dah nangis. Aku takut aku lumpuh sebelah badan. Hafiz dah mula cuak, sebab aku dah merepek meraban. Dan akhirnya aku tertidur. Dia kejutkan aku masa kami dah sampai dekat depan KPJ ipoh. Terus bawak pergi hospital dan pergi bahagian emergency.

Bila selesai daftar, nurse dekat kaunter tu kata "Owh, ini kemungkinan bell's palsy, pernah dengar?" aku pun geleng kepala, mana pernah dengan penyakit bernama seperti loceng atau kucing tu. Nurse tu kata nanti doktor akan explain. Dekat dalam bilik rawatan, doktor pun kata perkara yang sama. Tapi doktor kena proceed dengan ujian darah dan kena refer pada doktor pakar terlebih dulu. Sebab kalau confirm bells palsy, cara rawatan nya dengan ubatan yang high dose dan physiotherapy. Sebab tu kena dapat nasihat doktor pakar.

Ujian darah, high dose medicine dan physiotherapy dekat KPJ pulak tu, tak kan nak bayar pakai duit sendiri kan. Dan insurance tak boleh cover outpatient. Nak tak nak kena la serah diri pada Hospital di hari raya aidilfitri yang kedua. Doktor dekat emergency tu ada mention nama doktor pakar neurologist melayu. Tapi dia on leave. Raya kan. Apa la faedah nya aku nak tunggu doktor yang tak ada kan. So, kami terima je la mana-mana yang memang on duty.

Lemang lontong kami

Malam tu sepatut nya beraya dekat rumah mentua aku, tetapi kami check in Hospital. Hahaha Mentua  aku datang melawat malam tu, depa pun terkejut. Angin tak ada ribut tak ada, tetiba masuk ward. Yang bagusnya doktor pakar yang sorang ni, dia datang malam tu jugak. Lepas dia buat beberapa ujian, dan dia mengesahkan aku bukan kena stroke. Dengar sini orang kampung...bukan stroke okeh!

Tapi kena ambil beberapa kali ujian darah dan baru boleh sahkan penyakit apa. Adess. Macam biasa bila masuk ward, setiap waktu kena ambil darah, suhu badan dan makan ubat. Kesian dekat Hafiz, sepanjang aku kena admit, dia tak balik rumah pun. Tidur dekat sofa T_T
Walaupun dok menyebut-nyebut pasal lontong, lemang, beraya rumah kawan-kawan. Hahaha

I Love u
Lepas dapat keputusan darah dan doktor sahkan aku kena bell's palsy. Menatang apakah bell's palsy tu. Gigih aku google. Lepas tu aku tanya la doktor dengan lebih lanjut. Apa yang aku paham

Apakah bell's Palsy?
Jangkitan pada satu saraf bawah telinga yang supply tenaga dekat muka.

Kenapa kena jangkitan?
Tiada jawapan yang pasti, kemungkinan besar daripada infection daripada telinga, atau sejuk atau stress yang terlampau.

Apakah rawatan untuk bell's Palsy?
Steroid untuk nerve dan vitamin untuk muscle. Disamping kena buat electromagnetic physiotherapy.

Adakah bell's Palsy boleh pulih?
90% daripada pesakit bell's palsy boleh sembuh 100% tapi kena rajin buat physiotherapy. Bergantung kepada keadaan pesakit

Adakah rasa sakit?
Aku tak ada rasa sakit atau apa. Aku perasan pun bila aku bergambar. Muka aku dah senget. Tapi itu pun masa aku senyum. Kalau tak senyum atau bercakap, muka aku nampak macam normal. Tapi bila aku senyum, aku rasa both side ok, tapi sebenarnya hanya sebelah sahaja yang ok, sebelah sahaja akan static

Apakah tanda-tanda awal bell's Palsy?
Tak ada apa-apa warning awal, terus tahap statik. Kalau ada pun, kita akan rasa sakit belakang telinga dan sakit kepala. Tapi biasalah sakit kepala, siapa yang sangka nak jadi bell's palsy.

Adakah bell's Palsy boleh berulang?
Boleh berulang dan potensi tinggi kepada yang pernah kena. Kata physiotherapist aku, ada seorang auntie datang buat fisio, kali pertama dia kena masa umur dia 29 tahun (sebaya aku) dan sekarang ni umur dia dah 60 tahun. Jauh jugak jarak tu, tapi aku harap tak ada lagi.

Siapakah yang boleh kena bell's Palsy?
Sesiapa sahaja tak kira bangsa, agama, jantina dan umur. Kata physiotherapist aku, dia pernah ada patient umur 2 tahun kena bell's palsy.

Rupa-rupa nya ramai yang dah kena. Adik ipar aku cerita kawan dia bangun-bangun tidur tetiba mulut terus senget. Sepupu aku cerita kawan dia tengah mengadung kena bell's palsy, air liur siap meleleh sebab tak boleh nak control mulut. Kawan opis aku cerita kawan dia sampai sekarang masih belum 100% pulih. Ha, kemain banyak cerita atas cerita kan.

Kalau aku berkerut, boleh tengok hanya belah kiri je ada kedut, bila aku kelipkan mata, hanya sebelah kiri sahaja yang berkelip, sebelah kanan sangat-sangat perlahan. Kadang-kadang bila aku cuci muka dengan sabun aku rasa aku dah tutup kedua belah mata tapi sebenarnya tak rapat. Pedih oo mata aku. Bila aku senyum, bibir sebelah je yang boleh naik dan bila aku cuba nak blowing, sebelah kiri je yang kembung. Tapi aku bersyukur, sebab aku dapat kesan awal. Rawatan fisio dapat mengembalikan senyuman manis aku. Alhamdulillah.

Ubat-ubatan tu aku makan dalam masa 2 minggu je, tapi rawatan fisio aku buat sampai 11 kali. Dua kali aku buat dekat KPJ Ipoh dan selebihnya aku sambung dekat KPJ Damansara. Doktor bagi aku M.C 16 hari. Aku naik kerja semula pada 12 August 2014. Memang raya sakan. Naik-naik kerja dah kena bagi training dekat 52 orang participant, pitam.

Rawatan fisio terapi dekat KPJ ipoh dan damansara sangat berbeza tau. Dekat ipoh, physiotherapist tu akan pasang alat tu dekat 8 titik penting dekat muka dan simulate semula dengan electromagnetic sambil berbaring. Lepas tu, dia akan buat massage. Dah la guna lotion badan sapu dekat muka, memang berjerawat muka aku lepas tu. Tapi dekat KPJ Damansara lain pulak, tak ada massage macam spa ok, cuma bila dia simulate dekat setiap titik dekat muka, contoh nya seperti dekat tepi bibir, titik untuk senyum. Dia akan suruh aku senyum dan kira sampai 5 lepas tu lepas. Pada hari pertama buat 5 kali, dan sehingga hari terakhir kena buat sebanyak 15 kali. Terapi sambil exercise.

Sakit oo
Ini la alat fisio tu.
Dalam masa sebulan, muka aku pulih seperti biasa. Alhamdulillah. Kita kena bersyukur dengan apa yang ada pada diri kita. Walaupun hanya satu saraf kecil, tapi kesan nya sangat merbahaya. Aku dapat rasakan, punca aku kena bell's palsy sebab terlalu penat. Badan ni nak guna lama, jangan paksa dia ok.

Tak pasal-pasal beraya dekat hospital hahahaha

Betapa senget muka aku T_T

Muka senget dan berjerawat. perfect sangat





23 comments:

  1. Salam.total cost kat kpj ipoh utk fisio sume brp ye.cos baru2 ni mak sy kena bells palsy ni.ingt nk wat rawatan utk mak sy.

    ReplyDelete
  2. Wsalam. dekat KPJ Ipoh murah je. RM45 satu session. Suruh mak awak kunyah chewing gum. selalu buat exercise dekat rumah jugak (Blowing, smiling dan apa2 pergerakkan yg selalu kite buat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. salam, nak tanya alat fisio tu beli dkt mana? saya pon pernah kena mcm ni, tapi x baik sepenuhnya...

    ReplyDelete
  4. wsalam..saya buat fisio dekat hospital. Guna peralatan hospital

    ReplyDelete
  5. orang sekeliling saya pun ada yang alami bell palsy...
    rata2 yg kena masih muda & amalkan hidup yg sihat....
    memang risau sungguh rasanya...

    Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama

    ReplyDelete
  6. Saya kene bells palsy tahub 2012...
    ni da 2016.. tetap rasa nk bckp mcm xbest jer...
    mula2 baik dulu.. rasa ok...
    skrng plak rasa mcm lidah kejap2 nk kelu..
    harap2 xkene lagi la...

    sbb sy da dua kali kene..
    masa umur 11 tahun (darjah lima)
    dan masa usia 24 tahun....

    ReplyDelete
  7. Memang seram dapat penyakit Bell's Palsy ni tapi atas kesabaran, doa dan tawakkal pada-Nya, pasti akan sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram sebab dekat bahagian muka kan. hehe

      Delete
  8. Saya dah 2 kali kena.. tahun 2015 sebelom puasa dan pulih lepas 3 bulan. Tapi skrg awal mei 2016 kena balik dan Skrg masih senget lagi. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. better buat fisio atau sentiasa kunyah chewing gum

      Delete
  9. Sy pernah kne thn 2005, dlm pantang melahirkan anak ke2....jumpa doc bg ubat nerve jer, pastu berubat cara kpg dier bg myk buat urutan kt muka tiap mlm...alhamdulillah dlm 2 mgu camtu dh ok... Mungkin bna ada kaitan dgn virus herpes chicken pox, sbb time pegnen tu sy kne chicken pox... Semoga kita semua sentiasa d lindungi Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..memang boleh sembuh. antara cepat dengan lambat je. tp muka tu kena selalu exercise.. takut nanti statik je

      Delete
  10. td google bell palsy,so jumpa blog awk.
    saya pernah kena tahun 2003,masa tu umur 17thn. sekarang dah 30thn dan bahagian muka yg kena bell palsy dulu tu rasa mcm sengal2 je. i is takut...nanti nak try gi KPJ balik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui..kdg2 sy pun ada rasa mcm tu. pastu sy selalu cubit2 pipi risau statik semula hehe..sbb probability nak berulang tu sgt tinggi

      Delete
  11. td google bell palsy,so jumpa blog awk.
    saya pernah kena tahun 2003,masa tu umur 17thn. sekarang dah 30thn dan bahagian muka yg kena bell palsy dulu tu rasa mcm sengal2 je. i is takut...nanti nak try gi KPJ balik la.

    ReplyDelete
  12. Hi... Ibu saya kena bell palsy kali kedua...boleh tahu mane nk beli alat fisio tu?

    ReplyDelete
  13. Sy pernah kena 2016, tak lama, sy cuma alami dlm masa 3 minggu. Sblm pulih, nak kata gangguan emosi Dan stress x payah ckp la, memang hebat dugaannya, penghidap bells palsy senang down kalau x dbgi semngat, harap Kwn yg sihat masih boleh bg semngat kpd mna2 Kwn yg mghidap bells palsy, sy terkena akibat dari kesejukan, sy mmg jnis x tahan sejuk

    ReplyDelete
  14. salam puan zoora.. anak saya pun pnh kene masa berumur 10thn alhamdullilah so far dah baik berkat sabar, doa dan rajin buat fisio di hospital. cuma sy nk bertanya pd yg pnh mengalami bell palsy?.. ada x rasa sengal2 atau renjatan pd otot muka?.. sbb anak saya ckp kdg2 dia ada rasa mcm tu sakit dan tegang.. blh x share tips pd saya apa perlu sy buat selain pergi ke fisio.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas perkongsian awak . saya baru kena 3 hari , pada.awalnya saya ingatkan effect seba sakit gigi tapi lepas tengok awak punya keterangan , hm allahu .

    ReplyDelete
  16. Assalam.. Terima kasih atas perkongsian.. Sye duk bace pasal Bell palsy dan jumpe la blog awak.. Tq atas perkongsian.. Sye baru je kne Bell Palsy dalam 3 ari lepas.. Allahuakbar hanya Allah je tau ape sye rse.. Starting dgn mata dlu.. Esok bangun tgk muke dah senget.. Terus ke HUKM dptkan rawatan.. Ni 1st time kene.. Ujian Allah diketika sye betol² lemah.. Mungkin tekanan yg keterlaluan.. Redha dan tabah utk diri sendiri.. Tp sye kne kuat untuk sihat kembali.. Mungkin ade yg indah selepas ni Allah nak bg.. Wallahualam.. Tq sekali lg atas perkongsian saudari..

    ReplyDelete
  17. Nk no kak.saya ad pertanyaan.bagi isu ini

    ReplyDelete