Sunday, September 20, 2015

Aidilfitri 2015 dan Rendang hijau cik ani

Assalamualaikum

Hari raya Aidilfitri 2015 disambut meriah. Walaupun kami masih berdua. Tahun ni team rumah mak mentua. Hiks. Tema emerald green. Baju somi isteri dah siap lima bulan awal sebab tempah masa travel ke ho chi menh. Memang berbaloi dan siap dalam masa 24 jam je.

Walaupun kami baru tiga tahun berkahwin, tapi kami dah merasa 4 kali beraya sesama. Macam tahun tahun yang lepas, setiap hari kami akan bergilir ipoh kuala ipoh kuala sampai la cuti raya habis. Bezanya tahun ni aku tak masuk ward hahahaha dan aku cuti almost 3 weeks sebab tukor keje kan. Tapi Hafiz pulak yang kena ke Bintulu awal sebab nak siapkan kerja. Spoil betul la. Kena balik KL awal pulop. Lepas hantar je dia ke airport aku terus pulang ke kampung halaman nak menghabiskan sisa-sisa cuti yang hado.

Tahun ni kami raya dengan kaki baru yeay. Tapi sedih pulop terpaksa berpisah dengan ah chong sob sob sob
Soooo longggg ah chong semoga bertemu dengan tuan baru dan gumbira berjalan bersama-sama. I love u my first car. Kereta terbaik!

Hafiz macam chip more. kejap ada kejap tak ada. Kadang di KL kadang di Sarawak. So aku tak boleh nak plan open house macam tahun tahun lepas. Tapi ada permintaan daripada sepupu sepapat nak datang rumah, alang-alang tu aku masak la lebih dan ajak kengkawan sekali. Kebetulan tarikh nak makan-makan tu jatuh pada sehari selepas hari raya. Jadi nama jamuan nye "Makan-makan sehari selepas raya" hahaha Menu kali ni aku buat lontong, spaghetti bolognese, rendang negeri sembilan dan tiga jenis agar-agar.

Alhamdulillah tetamu pun happy dan tak ada pembaziran yeay!

Masa dekat opis lama ada satu kedai ni selalu masak rendang kaler hijau. Sedap. Dok terkenang-kenang kan rendang tu aku pun roger la kengkawan kot kot depa tahu resepi rendang hijau tu atau rendang negeri sembilan nama nye. Resepi ni dikongsi oleh ah senn dan aku bagi nama resepi rendang hijau cik ani hewhewhew

Bahan-bahan
1 ekor ayam
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 sudu kerisik
500g santan
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-cara 
1. Potong ayam, basuh dan masuk kedalam kuali.
2. Kisar cili padi + serai + kunyit + lengkuas hingga halus
3. Masukkan  bahan kisar bersama-sama ayam dan hidupkan api
4. Apabila ayam separa masak masukkan kerisik+santan+garam+asam keping dan gaul rata.
5. Gaul sehingga kering atau ikut suka nak kering camner. Masukkan daun limau purut.

Tadaaaa. Menurut empunya resepi rendang negeri sembilan ni tak payah guna bawang. Pastu penyidaan nye pun mudah. Kisar aje. Aku pakai cili padi bando 30 bijik tak rasa apa pun. Kalau nak kaw pakai la cili padi kampung. Aku share supaya tidak lupa.




Saturday, August 22, 2015

So long


Assalamualaikum

I'm officially 30!
Tak tahu la nak happy ker nak sedih sebab dah berganjak ke three series ni kan. Tapi yang pasti nya harijadi aku tahun ni jatuh pada 1 syawal. Seluruh dunia meraikan nye hehehehehe
Banyak lagi impian yang belum tertunai. Aku cuma harap dimurahkan rezeki. sihat selalu, bahagia bersama suami dan keluarga tersayang, menjadi hamba yang sempurna dan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. InsyaAllah

Last entry aku on May 28. Itu pun share resepi nasi tomato je. Sekarang dah bulan August hehehe. Sebenarnya banyak benda yang aku rasa perlu ditulis untuk tatapan aku sendiri dimasa akan datang.
Dalam masa lapan bulan ni macam-macam benda yang aku buat dan macam-macam benda terjadi dekat aku --
Pergi Ho Chi Menh, buat IUI kali kedua, diberhentikan kerja, kereta kena pecah, anniversary dekat Beijing, jadi cikgu sementara dan paling latest sekali dapat kerja baru. hewhewhew dan aku rasa ni semua perlu dicatatkan supaya menjadi kenang kenangan di masa akan datang.

Mari mulakan dengan diberhentikan kerja hehehe

Dulu kerja lama aku sangat awesome
--Lady boss yang baik
--Supervisor yang super sempoi
--Kawan - kawan yang baik
--Kerja yang mencabar
--Ada peluang berjalan kesana sini
--Family day dekat obersi
--Increment dan bonus setiap tahun
--Aktivti office setiap bulan yang memang best

Kami tak ramai. Ada 17 orang je termasuk boss dan kami cover lebih 80 clients dekat Malaysia, Brunei, Filipina dan Pakistan. Semua orang dah selesa, ada manager aku tu dah 12 tahun kerja dekat situ. Kami sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Tetiba CEO besar dekat U.S ambik keputusan untuk jual company dia dekat satu syarikat besar ni. Kengkonon syarikat besar tu nak grow together lah, nak membangun bersama dan tak akan usik kami yang dekat asia ni. Tapi cukup je 3 bulan lepas tu, masa tu semua orang tengah sibuk buat kerja masing masing dengan aman nye. Lady boss yang dekat Malaysia ni suruh panggil sorang demi sorang masuk bilik meeting. Bila keluar semua muka sugul dan merah biji mata T_T

Masa ni aku terselamat lagi. Rupanya, kawan aku kata dalam bilik meeting tu dah ada lawyer dan tele conference dengan HR dekat U.S. Tujuh orang yang masuk tu ditawarkan (sebenarnya bukan ditawarkan tapi lebih kepada paksa rela) untuk terima mutual separation scheme. Apa yang mereka tawarkan --

--Dua bulan notis
--Compensation mengikut number of services. Kalau empat tahun, dapat la empat bulan.

Masa tu semua orang tak bersedia, kawan aku yang sorang ni sugul sampai seminggu tak bercakap. Mana tak nya, dah la baru keluar kereta dan dapat baby baru tetibe hilang kerja. Masa tu memang sangat-sangat getir. Kami yang tinggal ni pun dalam dilema sebab kalau berhenti, berhenti sia-sia la tak dapat pampasan kalau kekal memang sangat busy nak handle client. Client tetap sama tapi manpower dah berkurang.

Lepas semua orang pergi, office memang rasa sunyi tapi apa boleh buat. Kami kena teruskan bekerja dan yang pergi Alhamdulillah dah dapat kerja masing - masing. Tapi ada juga yang dah selesa jadi suri rumah tangga.

Selepas tiga bulan, semua kerja berjalan lancar. Apa-apa kerja atau cuti terus report ke U.S. Kami masih lagi handle client asia. Tak lama lepas tu ada sorang manager daripada U.S datang ke Malaysia. Kata nya nak melawat dan nak kenal staff yang ada dekat Malaysia. Aku ingat lagi --

Hari Isnin dia interview aku, kata nya nak bagi training nak aku expert dan macam-macam lagi la
Hari Rabu dia panggil lagi sekali, aku  macam pelik kenapa ada dua kali interview rupa-rupa nya dalam tu dah ada lawyer dan surat yang sama kawan-kawan aku dapat 3 bulan haritu. Second batch ni 4 orang yang kena. Aku ada dua bulan notis. Tarikh last aku kerja adalah 29 April 2015. Eloklah tu, 27 April sambut anniversary tiga tahun, dua hari lepas tu hilang kerja. Empat tahun empat bulan aku kerja dekat situ, Alhamdulillah macam-macam aku belajar. Dari aku ni sorang blur-blur pasal server, linux sehinggalah dah boleh ajar orang. Daripada aku ni sorang yang nervous bercakap depan orang sehinggalah boleh jadi presenter seminar yang ada audience daripada brunei, Philippine dan Indonesia.

Semua ni aku anggap cabaran dan tak pernah kata tidak. Sedih memang la sedih tapi rezeki tu datang nya dari Allah. Dah tertulis rezeki setakat tu je kan.

Pampasan akan dapat 75 hari selepas last day bekerja, jadi masa dua bulan terakhir tu kena la berjimat cermat dan kalau boleh bayar apa-apa commitment in advance. Supaya tak la sangap dan bank tak ada la asik kejar kite jer.

Masa dalam notis, aku dah start hantar resume, aku fokus pada badan berkanun, government dan syarikat swasta yang besar. Tapi rezeki bukan datang bergolek, bukan hantar je terus dapatkan.

Sebelum dapat kerja baru, cuba apa-apa kerja parttime. Jangan habiskan masa bermalasan dekat rumah nanti kalau nak start kerja semula badan mesti lemau. Walau gaji tak banyak tapi bak kata mak aku, duit penyambung nyawa kan.

Semoga kawan-kawan yang masih kekal bekerja dekat office lama akan terus tabah dan gembira memberi layanan terbaik, kawan - kawan yang sekapal dengan aku, rezeki ada dimana-mana semoga success selalu. Walau dekat mana kita berada, friendship never end!

Merindui semuanya

Thursday, May 28, 2015

Nasi tomato & ayam masak merah

Assalamualaikum

Kalau tengah berpuasa tekak mesti merancang nak makan macam macam benda. Tetiba tekak rasa macam nak makan nasi ala-ala kenduri kahwin oii. Hari-hari koje nim sapa pulak yang buat kenduri. Daripada malas terus jadi rajin. Aku pun google beberapa resepi nasi tomato. Terima kasih tuan resepi dan aku pun adjust ikut kesesuaian. Nasi ni kalau guna beras basmathi lagi cun, tapi kalau tak da beras biasa pun buyehhh. Nasi tomato pulak lagi terangkat kalau dapat makan dengan ayam masak merah dan acar timun (Jelatah).

Nasi Tomato

Bahan bahan
2 biji tomato - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
sehelai daun pandan
3 sudu besar sos tomato
2 sudu butter
Sedikit minyak
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halis - dihiris
3 biji bunga pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak 
1. Basuh beras dan sukat air seperti biasa. Asingkan beras dan air.
2. Gunakan periuk rice cooker, panaskan diatas dapur
3. Masukkan minyak + butter, tumis bahan bahan tumis sehingga kekuningan
4. Masukkan susu cair, tomato, bawang besar, sos tomato dan garam. Tambahkan air yang telah disukat tadi dan biarkan sehingga mendidih.
** Boleh kurangkan setengah cawan air kerana kita telah tambah susu cair
5. Masukkan beras dan daun pandan
6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
7. Apabila air telah kering, gaul rata.

 Ayam Masak Merah

Ayam dipotong kecil
Sedikit Garam
Sedekit Kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 inci halia *
2 biji bawang kecil *
2 biji bawang putih *
1 biji bawang besar potong bulat
2 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Serbuk perasa

Cara memasak
1. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng ayam sehingga garing
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis
5. Tumis bahan-bahan bertanda * dan masukkan cili kisar, masak sehingga garing
6. Masukkan sos cili, tomato dan sedikit air. Masukkan serbuk perasa dan garam
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata


Acar Timun / Jelatah

Bahan-bahan
1 biji timun (Aku suka guna timun jepun)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji nenas
1 sudu kecil Garam
1 sudu besar Gula
Limau

Cara memasak
1. Hiris timun, bawang, cili dan nenas. Masukkan dalam satu bekas
2. Gaul bersama sedikit garam, gula, dan perahan limau
3. Biarkan seketika


Tuesday, April 28, 2015

Seoul with my soul Day 6 & Budget

Assalamualaikum 

Harini hari terakhir kami dekat Seoul. Pagi tu kami breakfast macam biasa, habiskan bekalan. Ada maggu yang kami sedekahkan dekat Guest House, tak kuasa nak bawak balik. Lepas tu dok susah hati luggage terlebih berat. Nasib baik dekat Guest House ni ada timbang, boleh la kami adjust sana sini. Daripada dua beg dah jadi 4 beg. 

Fligh kami pukul 3.55 pm dan kami kena sampai Airport at least pukul 12 tengah hari. Lepas breakfast sempat jugak buat lawatan pengabisan dekat Namdaemun. Lepas tu check out kami pun bergerak ke Seoul Station sebab nak ambil AREX ke airport. 

Tambang AREX = 6000 won seorang


Nasib baik kami sampai awal, dekat kaunter AA panjang giler nak check in dan drop baggage. Lebih kurang sejam jugak kami beratur. Kami punya baggage terlebih 2 kg. Jenuh merayu dekat awek korea tu dan akhir nya dia kata "Only for this time, not next time". Yeay! gasak la bukan aku nak datang Korea setiap minggu kan.  Lepas drop baggage nak hadap imegresen pulak, kena beratur lagi. Lepas tu nak pergi ke terminal perlepasan kemain jauh. Sesapa yang nak pergi Korea, masa nak balik jangan datang lambat dekat Airport okeh. Takut terkejar - kejar atau kena beli tiket flight yang lain pulop :p

Ni gambar masa dekat Airport, ada pertunjukan apa ntah. Airport dia besar dan internet laju, so tak ada bosan lah. Kalau ada rezeki lagi, kami nak ke Jeju Island dan Busan pulop. InsyaAllah with our little ones. 


Bye-bye dari awek Korea ni
Setiap kali kami travel, budget memang ciput. Aku beli tiket AA tengah promo dan akan cuba berjimat cermat. Terutama dekat accommodation. Asalkan selesa dan selamat. Lepastu aku akan buat itinerary baik-baik supaya semua tempat yang patut pergi dapat pergi dan tak bazir masa sesat larat. Lagi satu penting nye itinerary ni, aku akan letak sekali budget untuk setiap hari termasuk duit transport + entrance fees + meal (breakfast, lunch dan dinner). Supaya kita dapat control duit dan cukup sehingga hari akhir dekat sana. Jangan pulak nanti, baru hari kedua, duit dah kelaut dan terpaksa withdraw lagi atau guna card credit. Kang balik Malaysia makan maggi sampai hujung bulan hahaha. Tapi semestinya kami akan aktifkan card credit dan card ATM untuk kecemasan ok.

Budget dekat bawah ni adalah budget enam hari aku dekat Seoul. Setiap hari sebelum tidur aku akan listkan apa yang dah aku belanjakan dekat sana termasuk lah susu pisang yang setiap hari aku minum. Hahaha. Aku jugak asingkan duit untuk setiap hari dan siap tulis duit perbelanjaan tu untuk hari apa. Aku kan budget traveler. Aku cukup takut kalau tak cukup duit dekat tempat orang, siapa nak tolong oii.

----------------------------------------------------------------------------
Budget
Day 1
Susu Pisang 2 botol -- 2600 won
Arex to Seoul  for 2 pax -- 13 800 won
T-Money card  for 1 pax (Hafiz dah ada) -- 2000 won
Topup T-Money for  pax -- 60 000 won
Nasi goreng seafood @ Yoogane restaurant -- 11 000 won
Susu pisang 2 botol -- 2600 won
Stokin comei 2 pasang -- 2000 won
Cable Car untuk 2 orang -- 17 000 won
Kebab -- 5000 won
Susu pisang 1 botol + Nasi segera beli dekat 7eleven -- 3900 won
= 119 900 won

Day 2
Tiket Shuttke Bus ke Petite France dan Nami Island -- 10 000 won
Petite France for 2 pax -- 16 000 won
Susu Pisang 2 botol -- 2600 won
Nami Island Ferry for 2 pax -- 16 000 won
Lunch at Nami Library -- 18 500 won
Souvenir at Nami Island -- 10 000 won
Sewa Basikal -- 6000 won
Buah berangan -- 5000 won
Dinner @ Yoogane  restaurant -- 11 000 won
Gula - gula tarik -- 10 000 won
= 105 100 won

Day 3
Everland for 2 pax -- 74 000 won
Churros -- 3800 won
Jagung -- 3000 won
Waffle -- 2500 won
Fridge Magnet -- 5000 won
Gambar -- 11 000 won
Kopi -- 1300 won
Dinner @ Muree -- 20 000 won
Nasi segera beli dekat 7eleven -- 2100 won
Deli Hana Manjo -- 3000 won
=  125 700 won

Day 4
Susu pisang 1 botol -- 1300 won
Deli Hana Manjo -- 3000 won 
Ais krim @ Itaewon -- 3000 won
Lunch @ dongdaemun ikan bakar -- 20 000 won
Hello Kitty Restaurant -- 14 500 won
Sourvenir Hello Kitty -- 45 500 won
Mineral water & Kopi -- 1700 won
Cermin mata renoma Hafiz -- 60 000 won
= 149 000 won

Day 5
Shopping Souvenir @ Namdaemun -- 29 000 won
Tshirt I love Korea 15 helai -- 50 000 won
Strawberi -- 8000 won
Gyongbuk palace entrance fees for 2 pax -- 6000 won
Ais krim @ insadong -- 4000 won
Bagpack @ insadong -- 10 000 won
Kain cotton 5 helai -- 50 000 won
Comforter gebuss -- 80 000 won
Seluar tidur gebusss -- 10 000 won
Anggur -- 3000 won
Stokin Comei -- 6000 won 
Dinner @ Red Sun Restaurant -- 15 000 won
Susu pisang 8 botol -- 10 400 won
Nasi segera beli dekat 7eleven -- 1500 won
= 282 900 won

Day 6
Arrex for 2 pax = 12000 won

Total = 794 600 won = RM2633.98

Flight Ticket
Untuk flight ticket aku dapat super murah. Dua orang rm850. Tapi tu kosong la. Aku ada add on luggage pergi balik 25 kg dan lima mangkuk nasi lemak pak nasser.

Total = RM 1100

Accommodation
Seoul Backpacker Hostel = RM 372.20
Arrive Friday, November 14, 2014
Depart Sunday, November 16, 2014

Myeondong Town Guesthouse = RM 433.11
Arrive Friday, November 11, 2014
Depart Sunday, November 14, 2014

Total = RM 805.31

Total Keseluruhan = RM 4539. 29

Taraf hidup dekat sana tinggi. Air mineral pun bermula dengan harga RM3. Untuk jimat breakfast aku makan dekat hostel je. Beli nasi segera dekat 7eleven dekat sana dan makan dengan lauk segera brahim's yang aku beli dekat Malaysia. Pastikan hostel tu ada menyediakan kemudahan seperti air panas dan microwave oven. Total dekat atas tu termasuk kiriman kawan kawan dan comforter gebu aku tue. Kalau tak menyoping lagi boleh jimat.

Aku rasa budget tu ok, kalau pergi dengan agent lagi mahal. Budget untuk seorang je hampir tiga ke empat ribu. Baik pergi sendiri je sebab Korea Selatan negara yang selamat dan sangat mesra pelancong.

Semoga menjadi manfaat kepada semua.

Rindu Korea, kapan boleh ketemu lagi

xoxo

Tuesday, April 21, 2015

Creamy butter prawn

Assalamualaikum

Aku paling terkenang-kenang makan seafood dekat Top Spot Kuching. Dia punya creamy butter prawn atau nama melayu nye udang goreng butter berkrim memang sedap giloss. Rasa macam nak pergi Kuching semata mata nak makan dekat situ. Murahan pulak tu. Tapi sebab nak kesana tu mahei, aku pun mencuba resepi yang aku google ni.

Bahan- Bahan
500g udang
2 kuning telur
Minyak untuk menggoreng
2 ulas bawang putih (Dicincang)
5 biji cili padi
5 helai daun kari
2 sudu besar butter
Sedikit garam
Lada sulah

Cara - Cara
1. Gaulkan udang dengan garam + lada sulah dan biarkan sekejap
2. Untuk kriuk kriuk, pukul kuning telur dan panaskan minyak dalam kuali
3. Tuang kuning telur kedalam kuali. Semakin tinggi mangkuk semakin bagus. Dalam masa yang sama kacau telur dalam bentuk bulatan dengan laju. Goreng sehingga kuning telur bertukar warna perang dan angkat menggunakan penapis
*Minyak akan berbuih buih tapi jangan putus asa, kacau dan terus kacau
4. Boleh guna minyak yang sama, goreng udang. Tak perlu garing dan toskan.
5. Panaskan kuali dan masukkan butter
6. Tumis bawang putih + cili padi + daun kari
7. Apabila sudah kekuningan, masukkan susu dan sedikit garam
8. Apabila kuah telah mendidih, masukkan udang yang telah digoreng tadi
9. Masukkan udang kedalam pinggan dan tabur kriuk kriuk tadi


Tuesday, March 31, 2015

Seoul with my soul Day 5

Assalamualaikum

Berapa lama nak menyudahkan entry ke Seoul ni. Hanya Allah je yang tahu. Hahaha. Pergi bulan Nov 2014 tau. Dah nak masuk setengah tahun hoiii. Nasib baik pergi enam hari je, kalau pergi sebulan mau setahun baru complete semua entry hehehe

#Breakfast
Hari ni kami bangun awal. Semangat nak melawat Namdaemun. Nak shopping sourvenir dengan T-shirt dekat situ. Mestila teruja, Namdaemun depan hostel kami je. Lintas jalan dah sampai. Breakfast macam biasa hot chocolate dengan maggi. hewhewhew

Ini la rupa bilik kami
 #Namdaemun Market
Bagi aku namdaemun market ni sesuai untuk rakyat marhean macam aku. Barang barang dekat sini mampu milik dan kedai kedai sourvenir pun murah murahan je. Pagi tu aku bagi business kat ahjuma dalam gambo ni. Kemain happy dia, semua benda dia suruh aku beli hahaha. Aku first customer dia haritu mungkin sebab nak "pecah telur" hahaha so banyak la diskaun.

Orang korea ni suka bergambar tau, sekali pelawa terus sakan senyum depan camera. Dekat sini kemain ramai yang pakai monopod dan kami pulak tinggal monopod dekat KL sebab malu nak pakai hahaha. First time aku bawak monopod ke Bali, masa tu penggunaan belum meluas agaknye, semua orang tengok kami macam pelik je. Ataupun hanya perasaan kami je. Tapi yang aku perasan, bila hafiz halakan monopod tu kebawah, serupa macam pengesan periuk api hahahah

Dekat Namdaemun ni jugak, kami beli baju tshirt dengan harga 3 helai 10000 won. Tempat lain susah nak dapat tau. Kedai uncle ni dekat bahagian belakang dan kedai dia bawah payung je. Ramai yang datang sini beli brooch, tapi aku tak beli pun. Nak cari kedai brooch, cari banggunan warna oren. 


Dua dua mata kecik, pepagi dah shopping
Namdaemun Market
Kuih teluq. 1000 won
Dah 2 hari aku aim stroberi ni, akhirnya dapat jugak. Manis

Namdaemun >> Gyeongbok Palace


#Gyeongbok Palace
Lepas membeli dan kami pun belah, kami hantar barang-barang shopping dekat bilik. Maklum la bilik dekat je kan. Lepas tu kami meneruskan misi. Hari ni kami plan nak melawat Gyeongbokgung. Nak kesini kena turun dekat Gyeongbokgung station. Kalau tak salah aku, gung tu maksud nya palace. Tempat ni besar yakmat. Nasib baik la cejuk tak ada la rasa penat sangat.

Entrance fees = 3000 won






Selain meronda-ronda tengok keunikkan istana lama ni, ada aktiviti lain seperti "guard changing ceremony" dan boleh merasa pakai pakaian rasmi guard istana. Apa yang penting, sebelum meronda check dulu jadual untuk kedua-dua aktiviti ni.


Kami orang kedua yang queue nak merasa pakai baju ni. Hok yang aku punya tu baju taraf taraf general. Hok hafiz tarak pak pacak je hahahaha.


#Gwanghwamun Square
Gwanghwamun square terletak berhadapan palace tu je. Melintas jalan je dah sampai. Kebetulan haritu ada event makanan seluruh dunia. Aku dok cari jugak booth Malaysia tapi nan hado. Mana la tahu kot kot ada orang jual nasi lauk asam pedas kan. 

#Lunch
Untuk lunch kami beli dua kebab daripada booth timur tengah. 



Banyak aktiviti diadakan, ni bahan-bahan nak buat makanan tradisional korea iaitu Kimchi. Tekak aku boleh je terima Kimchi. Sedap je


Ni dekat salah satu booth korea. Buat apa ntah tapi aku rasa macam best je ketuk benda alah ni. Walaupun berat giler tukul tu tapi aku berjaya gak angkat dua tiga kali. Setiap kali aku ketuk, chef chef tu bersorak hahaha. Rasa macam lawak pulak





Gyeongbok Palace >> Insadong


#Insadong
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Insadong. Dekat sini banyak jual souvenir. Tapi bagi aku, dekat Namdaemun lagi murah. Nak kesini kami macam tersasar sikit. Jauh jugak menapak dan jenuh jugak bertanya orang. Akhirnya sampai jugak.

Kawan hafiz kirim backpack dekat sini. Kami beli 4 biji. Dekat sini jugak popular dengan aiskrim macam belalai gajah ni. Kon dia sedap, ada rasa empingan jagung huhu. Sedap tapi seksa jugak nak ngabiskan sebiji.

Dekat berhampiran dengan Insadong market ada Bukchon Hanok Village, Dekat situ masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah lama dekat Korea. Tapi kami tak sempat nak pergi pun sob sob sob sebab sibuk nak ke Gwangjang market. 


Insadong >> Gwangjang Market

#Gwangjang Market
Pasar tu pukul enam dah tutup. Orang kata dekat situ sakan nak shopping kain cotton dan comforter. Untuk kesini kena amik subway ke Jongno 5-ga Station Exit#8. Kami masuk pintu Restaurants dulu. Ya ampun dia punya makanan semua berunsurkan si pendek berekor kerinting. Dah la sesak, aku dok terbayang kalau tersembam muka dekat usus dia camner la kan. Hahaha dan akhirnya kami sampai dekat bahagian kain dan comforter.


Okeh, berjaya jumpa kedai kain cotton yang dah potong-potong camni. Uncle tu nampak muka aku je terus cakap "Malaysia?" hahaha. Dia dah boleh cam muka orang Malaysia. Siap tunjuk gambar dia dan wife bercuti ke Bali lagi. Kemain ramah. Kain cotton dekat dia bidang 60 inch dan dah siap potong 3.5 meter semurah 10000 won je. Dalam banyak-banyak kain yang aku pilih ada pulak yang harga 12000 won lepas tu uncle kedai tu cakap, ambil 5 kira 50 000 won je. Aku pun terus la pilih lagi. 



Aku kan peminat cerita Korea. Kebanyakkan dalam cerita Korea, rakyat marhean akan tido atas lantai beralaskan comforter gebu. Macam syok je dan aku pun terjebak selai comforter super gebu warna putih. Kemain susah nak mintak diskaun, kalau mintak harga yang kita nak tapi depa tak bagi, then kita blah depa akan buat tak reti je. Makna nye memang tak boleh diskaun la tu. 

Nak beli comforter ni kemain payah, walaupun tauke kedai, tp bahasa inggeris depa limit sangat. Lepas deal dengan satu conforter ni, dia dah lipat-lipat nak masuk plastik. Kemain beso lagi plastik yela nak bli yang gebu sangat kan. Aku dah penin camner nak bawak balik ni. Lepas tu tauke tu buat bahasa insyarat macam sedut plastik tu. Aku memula macam blur lepas tu baru la terfikir "vacuum?"
Kemain happy dia aku berjaya paham bahasa isyarat dia tu. Hahahaha.

Akhirnye dia vacuum sampai la plastik tu jadi sekempis kempis. Dan sangat cantik bungkusan nye. Yeay boleh bawak balik Malaysia dengan hati yang girang.


Gwangjang Market >> Myeongdong

#Dinner
Lepas selesai mengabiskan duit dekat Gwangjang Market. Baru la perut terasa lapar kan. Yela, lunch tadi kami makan kebab je tadi. Malam ni nak merasa makan lagi satu makanan orang Korea iaitu Tteokbakki dekat Red Sun, Myeongdong. Kedai ni suggestion daripada student Malaysia yang belajar dekat Korea. 

Dekat Myeongdong, Uniqlo sebelah kanan dan Nature republic sebelah kiri. Jalan terus dan kita akan jumpa M plaza (Tempat aku ambil gambar pakai hanbok) sebelah kanan dan Dunkin Donuts sebelah kiri. Belok kiri dekat simpang Dunkin Donuts dan jalan terus sehingga nampak Vips restaurant dihujung jalan. Belok kanan dan jalan terus sehingga jumpa kedai Hat's On. Red Sun dekat atas kedai Hat's on. Tingkat dua. 



Serius beno tengok menu nak memastikan tiada si ekor kinting. Hahaha. Dalam pemerhatian aku, mana-mana restaurant yang aku pergi, air sejuk mesti akan dihidangkan sebaik kita duduk dan percuma.

Kami order tteokbokki seafood untuk dua orang. 



Lepas abis makan tteokbokki, periuk yang sama akan digunakan untuk masak nasi goreng pulak. Pergh masa ni kami dah full. Kalau tak mampu nak makan nasi goreng boleh tukar dengan air krim, Itu pun sebenarnya dah tak larat nak telan, tapi belasah je la.

Dinner = 12 000 won untuk dua orang

Sesudah kenyang, kami pun jalan-jalan sekitar Myeondong buat kali terakhir. Esok nak pulang dah. Sob sob sob. Aku sempat beli sejenis candy ni. Rupa dia macam benang. Budak budak yang jual ni kemain ramah dan siap suruh aku belikan untuk Najib dan Rosmah Hahaha. Depa siap buat demonstrate nak buat gula-gula benang ni. Aku tak sempat nak rakam sebab bateri dah kong. Tapi yang aku ingat daripada seketul madu, dia gaul dengan tebung ubi. Gaul pintal, gaul pintal daripada seketul madu boleh jadi benang. Boleh tahan sedap dan boleh tahan mahal. 



Dan akhirnya kami pun pulang ke pangkal jalan. Kaki pun dah mintak ampun. Nak kemas barang lagi.

xoxo


Monday, March 30, 2015

Resepi pucuk paku masak lemak (tanpa cili padi)

Assalamualaikum

Kami dah bosan makan sayur campur, bayam, sawi dan sewaktu dengannya. Sesekali syok jugak pekena sayur kampung. Paling syok dekat pasar malam Damansara Damai ada dua orang makcik ni berniaga sayur-sayur kampung. Segar bugar dan murah. Satu ikan RM1 je. Hafiz nak makan sayur pucuk paku masak lemak. Kebanyakkan orang masak dengan cili padi. Nope perut aku tak boleh terima sebab pucuk paku kalau tak makan dengan nasi, ratah gitu je pun sedop. So aku guna resepi emak  yang semestinye sedap dekat tekak aku la kan.

Bahan-bahan
2 ikat pucuk paku
200 ml santan
1 sudu cili kisar/cili giling (Rebus cili kering dan kisar bersama bawang merah dan bawang putih)
Ikan bilis *
3 biji bawang merah *
2 biji bawang putih * 
Kunyit hidup *
1 batang serai
2 keping asam keping
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa



Cara - cara
1. Tumbuk bahan bahan yang bertanda *
2. Panaskan periuk
3. Masukkan pucuk paku + bahan bahan yang telah ditumbuk + cili kisar + serai + asam keping + serbuk perasa dan sedikit air.
4. Gaul rata dan masak sehingga pucuk paku layu
5. Masukkan santan dan siap




xoxo