Friday, January 25, 2019

Mengandung dan Diabetis (GDM)

Assalamualaikum

Ya ampun, lama nya tak update blog. Percutian ke Japan part 2 pun masih lagi draft. Harini nak share pengalaman mengandung dengan GDM. Apa tu GDM? Kalau maksud sebenarnya GDM adalah Gestational diabetes mellitus tapi bahasa yang senang nak paham diabetis atau kencing manis semasa mengandung.

** Aku bercerita berdasarkan pada pengalaman dan apa yang paham yer. Untuk maklumat lanjut atau ada kekeliruan silalah rujuk pada doktor yang lebih pakar :)

Pengalaman aku dengan GDM ni sangatlah mencabar tetapi manis akhirnya. hehe
Selepas confirm mengandung, dalam minggu keenam aku dah pergi KKIA untuk bukak buku merah. Ada yang cakap kena tunggu 10 minggu keatas tapi sebenarnya tak ada pun peraturan macamtu. Aku dah serik buat lambat sebab masa previous pregnancy aku checkup dekat private hopsital tapi bila miscarriage kita pergi government hospital doktor dekat situ asik mintak rekod buku merah. 

Masa nak bukak buku merah, macam biasalah kena check air kencing tetibe result keluar glucose dalam urine aku tahap 3. Terus nurse setup date untuk minum air gula. sob sob sob
Tak payah tunggu berat badan naik hehehe. 

Sebelum minum air gula yang horror tu, kita kena puasa start pukul 10 malam. Nanti pepagi datang dekat KKIA cakap nak minum air gula. Sebelum tu kena amik darah semasa puasa. Lepastu nurse akan sediakan segelas air gula. Ikut klinik lah ada yang bagi gula kosong je, ada yang ada flavor oren. Apa pun rasanya tetap tak sedap. Kena habiskan dalam masa 10 minit dan tak boleh muntah. Kalau muntah tetttt dah tak valid kena repeat semula. Lepas minum tu kite kena duduk diam2 je dekat klinik, tak boleh makan tak boleh minum. Ada yang cakap boleh minum air masak untuk dapat bacaan yang rendah, tapi bagi aku nak buat apa tipu diri sendiri dan yang penting untuk keselamatan baby dalam perut tu. Azab jugak nak tunggu dua jam, dah la tekak rasa meloya je. Nurse kata segelas air gula tu bersamaan dengan 5 pinggan nasi. Aku dok terfikir tak ada ke innovation buat dalam bentuk pil ke. Sekali telan je kan hehehe

Lepas 2 jam, nurse akan amik darah lagi sekali untuk result selepas membaham 5 pinggan nasi hehe. So, lepas tu dah boleh balik. Kalau nurse tak call maknanya result ok kalau nurse call makna nye result manisss.

Aku ingat lagi, masa tu hari jumaat pepagi sebelum nak pergi kerja masa nak mandi aku bleeding. T_T
Fresh blood. Hafiz terus ajak aku pergi hospital sungai buloh. Ntah mana silapnyaa, aku dapat doktor yang berangin dan moody je. Kerja nya nak marah HO dia je, kita yang datang sebagai pesakit ni pun rasa tak selesa. Bila tiba giliran aku, dia buat TVS scan, dia tak nampak katung ke, janin ke. Dia kata kemungkinan besar dah gugur. Dia suruh tunggu lagi dua minggu untuk datang cuci kalau darah tak turun habis. Dia suruh aku stop makan asid folic etc. Balik rumah aku nangis sebab baby kami tak jadi. Hafiz pun sedih. Aku tak ada mood nak buat apa-apa, nasib kami belum bagitahu sesiapa dan masa tu baru 6 minggu. 
Petang jumaat tu, aku dapat call dari KKIA, result gula aku tinggi suruh aku datang hari isnin. Urgent. Aku bagitahu lah kejadian pagi tadi dekat nurse KKIA, dia cakap yang miscarriage tu lagi dua minggu baru confirm, yang gula dalam darah terlalu tinggi dah tentu tentunya confirm. 

Pagi isnin aku pergi KKIA, masa ni macam dah tak ada semangat yelah baby pun dah tak ada. Aku ingat nurse nak cakap suruh jaga makan ke pergi makan ubat ke rupa-rupanya dia bagi surat suruh aku pergi HKL haritu jugak. Aku dengan Hafiz menurut je lah, sampai dekat HKL, nurse dekat situ bagitahu yang aku kena warded. Aku macam blur sekejap. uWaaaaa

Sebelum aku serah diri tu, aku dengan hafiz sempat jugak terfikir nak lari. Malaslah aku nak warded. Dah la baby pun dah tak ada. Bukan ler nak berlagak, bila kite kerja sektor private ni, company biasa sediakan insurance, so apa-apa sakit mesti ko buat checkup dekat private hospital. Tapi pregnancy tak cover dalam insurance, sekali ko kena GDM dan kena warded dekat HKL. Aku dok terbayang tandas jauh, kena tido sorang-sorang. Biasanya kalau warded seisi keluarga akan berkampung dekat hospital hehe. Tapi bila fikir-fikir balik, serah diri je lah untuk kebaikan diri jugak. Dah la ada keturunan diabetis tegar, kalau bukan sebab baby pun tapi sebab diri sendiri.

Maka bermulalah procedure untuk warded, memula kami ke ward kelas ketiga, tapi syukur ada nurse yang memahami haha beria-ria dia suruh aku pergi masuk ward kelas pertama. Allah maha mendengar. Ada katil kosong untuk four beded. Alhamdulillah.
Aku kena warded dekat ward biasa under gynee bukan ward bersalin sebab under 25 minggu. Ada sorang doc singh yang monitor aku. Doktor tu pun mengandung. Sangat baik tak sama macam doktor dekat sungai buloh yang baran tu. Doktor tu mula soal selidik aku pasal diabetis ni, memang sebelum ni aku tak tahu pun aku ada diabetis cuma aku PCOS dan ada keturunan kencing manis ni. Doktor singh tu tanya, dah scan? Aku cerita lah kejadian yang menimpa aku jumaat lepas. Lepas tu dia jawab kita repeat scan petang nanti. Petang tu doktor panggil untuk scan. Aku tak menaruh harapan pun since doctor sungai buloh kata baby aku dah tak ada. 

Doktor macam terkial-kial jugak nak guna mesin scan tu maybe mesin baru kot hehe. Habis beramai-ramai mengadap mesin scan tu nerbes pulak aku. Bila doc scan, doc cari-cari nampak kantung, tak lama lepas tu nampak janin dan yang paling istimewa dah ada heart beat. Pertama kali aku nampak automatik air mata aku mengalir. Doktor tu pun terkejut tengok aku nangis, dia tanya aku excited yer? Opkos lah ni macam miracle, last friday aku scan doktor kata dah kosong tapi kali ni scan dah siap ada heartbeat. Bermula tu lagi semangat lah aku nak jaga baby. Enam hari okeh aku kena warded. Tujuan warded nak ajar aku cara nak guna pen insulin dan nak tentukan dos mana yang sesuai untuk aku. Warded kali ni sangat tak best sebab aku kena makan meal untuk orang diabetis. Minum petang pun tak ada ciss.

Selepas gula dalam darah aku stabil, barulah aku boleh discaj. Memang tahap rasa nak lari je. Bosan yakmat. Dekat ward tu ada seorang minah ni kena cancer ovari. Bila tengok dia, aku rasa aku perlu bersyukur. Sebab banyak lagi dugaan yang orang lain terima kalau nak dibandingkan dengan kita.

Start dari 6 weeks lagi aku kena insulin 4 kali sehari. Bukan itu je, aku kena catit bsp 2 jam sebelum makan, 2 jam selepas makan setiap hari. Macamana nak catit? pernah tak guna glucose termoter? Yes kena cucuk hujung jari dan letak dekat mesin tu untuk kesan kandungan gula dalam darah. Kena jaga makan, kena jaga waktu makan. Aku kena maintain kan gula dalam badan tak lebih 5.7 dan tak boleh kurang daripada 4. Kalau lebih boleh mengganggu perkembangan dan pertumbuhan baby. Kalau terlalu kurang @ hypo boleh menyebabkan baby maut dalam perut. Memang kena jaga betul-betul. Paham syntom hypo. Aku buat semua ni selama 31 minggu 4 hari okeh. Aku tak nak lah sia-siakan peluang yang Allah dah bagi pada aku. Dah bahagian aku nak kena GDM. Syukur aku tak merasa kepayahan atau morning sickness.
Inilah pen yang teman aku sepanjamg 9 bulan. Jarum dia halus je tapi tetap terasa sakit. Boleh cucuk dekat perut tapi aku prefer cucuk dekat peha sebab perut dah menegang so rasa sakit sikit.



Ubat pulak berbeza siang dan malam. Setengah jam sebelum makan kena cucuk insulin warna kuning, 3 kali sehari (sebelum breakfast, sebelum lunch, sebelum dinner). Lepas setengah jam terus kena makan sebab takut hypo. 


Ini pulak ubat untuk sebelum tidur, yang ni untuk mengekalkan paras gula sepanjang malam. 
Gula kena maintain bawah 6 dan tak boleh kurang daripada 4. So sebelum dan selepas makan kena amik dulu bacaan gula dalam darah guna alat kat bawah ni. Strip dia x leh guna berulang. Anggaran satu strip tu RM2, sehari at least kena guna 2 kali. Memang menangis la beli strip ni dulu, baik beli baju baby kan tapi demi keselamatan baby kena la beli jugak. Lepas tu nak cucuk keluarkan darah kena guna jarum khas. Itu pun kena beli jugak


Biasanya masa mengandung banyak benda yg kita idam-idamkan nak makan, tapi bila ada GDM semua kena sekat. Demi anak dalam perut. Kena bertabahlah. Aku memang cut air manis, selama 9 bulan aku minum air kosong dan air limau kosong (tanpa gula) okeh. Aku tak sentuh cake, ais krim. gula-gula dan coklat. Bila mengandung kan selalu lapar, aku memang terus ambik makanan berat macam nasik tapi dengan kuantiti yang dibenarkan. Pada aku dari makan makanan yang merepek-repek kangdungan gula tinggi dan belum tentu kenyang baik aku amik nasik.

Setiap 2 minggu aku kena jumpa doktor dan nurse, 2 minggu pertama jumpa nurse dekat KKIA, 2 minggu kedua jumpa doktor dekat HKL. Alhamdulillah perkembangan baby aku okey. Semua mengikut perkembangan mingguan dia. Cuma bacaan gula tu kadang-kadang ada kelaut sikit, tapi yang penting jangan naik terlalu tinggi dan jangan turun terlalu mendadak. Dos insulin boleh dikawal. Ada pernah sekali tu aku kena lahar kaw-kaw dengan doktor, masa tu gula agak tinggi sebab aku makan beberapa keping kerepek pisang. Doktor tu cakap ''awak nak ke baby awak meninggal dalam perut? sekarang umur awak 32, kalau baby awak meninggal dalam perut awak kena tunggu lagi 2 tahun untuk mengandung, masa tu awak dah 35, risiko dapat anak cacat tinggi" sentap aku wei. Keluar dari bilik doktor aku murung, nasib masa tu dah 7-8 bulan macamtu, aku rasa kalau awal-awal aku jumpa doktor tu mesti aku tak boleh pergi sejauh ini. Doktor tu bukan buat orang lagi semangat tapi bertambah sedih. Aku mengaku lah aku salah tak jaga gula betul-betul tapi tak boleh la melahar macam orang tak ada perasaan.

Aku baca dan dengar banyak benda negatif tetang GDM. Seolah-olah orang GDM ni bakal dapat anak yang tak sempurna sebab mak nya manis. Budak besarlah, jantung berlubang la, tulang bengkok lah dan banyak lagi. Tapi yang penting kita kena positif dan jaga gula dalam darah itu je cara nya. Kalau doktor suruh insulin, buat aja. Kalau doktor suruh makan ubat atau diet buat aja. Jangan peduli orang cakap kalau dah start insulin nanti seumur hidup kena insulin. Takkan la doktor mati-mati paksa kita insulin sedangkan gula dalam darah kita dah terkawalkan? Nak bagi hypo ke apa? Kita kena jaga kesihatan baby dalam perut, kalau gula tinggi tak elok untuk perkembangan dan pembentukkan baby dan kalau gula terlalu rendah@hypo boleh menyebabkan baby meminggal dalam perut

Untuk GDM dengan insulin doktor bagi tempoh sampai 38 weeks sahaja lepas tu dah kena serah diri. Tak boleh biarkan lelama, nanti baby semakin membesar. Aku ada baca jugak risiko lahir anak besar ni, takut nanti terkoyak panjang la, takut nanti bahu baby tak lepas kena patahkan la. adududu semoga kita dijauhkan. Tapi Hasya keluar masa 37 weeks 5 days. Masa tu aku macam unhappy dengan pergerakkan dia dalam perut, bila pergi hospital doc suruh admitted dan esoknya doc dah suruh induce. Memula aku nak try lahir normal, setelah 10 jam aku tunggu bukaan stuck sampai 6 cm, terus kena czer jugak. Hasya lahir pukul 1 am dan terus ke NICU. Yes, baby yang emaknya manis memang kena duduk asrama @ NICU sehari dua. Baby yang mak dia manis, dah biasa dapat supply gula yang tinggi tau, so badan baby tu akan hasilkan insulin. Bila baby dah keluar dan terputus bekalan makanan dari emak dia, badan baby tu tetap mengeluarkan insulin (sebab dah sembilan bulan kelurkan insulin). So makanan tak ada, insulin tinggi baby akan hypo. So nurse akan pantau dan elak baby hypo. Tambahan badan baby ni smart, beberapa hari je dia dah boleh biasakan diri dengan keadaan luar perut omaknya.

Tips untuk GDM
1. Kena fositif dan percaya pada qada dan qadar
2. Kalau ada rezeki kita nak menimang cahaya mata, InsyaAllah
3. Kena ikut cakap doktor, buat BSP jangan chulas atau tipu. Kalau tinggi tulis tinggi, nanti doktor boleh adjustkan dos insulin. Kadang-kadang kita diet macam biasa tapi gula tinggi jugak maybe disebabkan daripada baby itu sendiri ataupun baby dah semakin membesar tahap kelaparan kita pun makin meningkat. Makan je yang penting gula dibawah paras bahaya hehe.
4. Selama ni makan ikut suka tetibe kena control makan memang satu penyeksaan. Pastu rasa lapar je. Aku amik makanan berat terus, dan tak amik junk food. Minum limau ais tanpa gula atau air kosong je
5. Jangan skip appointment dengan doktor atau KKIA
6. Bila dah start insulin, kita lebih mengenali badan kita jadi kita boleh rasa keadaan kita macamana kalau terlebih gula atau terkurang gula
7. Ubat-ubatan yang doktor bekalkan jangan lupa makan, kalau boleh amik vitamin tapi yang less sugar. Macam aku, tak berani sangat nak minum air kelapa sebab air kelapa tu manis. Aku memang makan untuk kenyang je, tak berani nak memenuhi keinginan makanan-makanan atau air sedap sepanjang sembilan bulan ni. Hehehe
8. Cucuk insulin 4 kali sehari, dan amik BSP kena cucuk dekat jari lagi bukan perkara mudah, tabahkan hati ini bahagian kita. Setengah jam sebelum makan dah kena cucuk, lepas tu dua jam selepas makan kena check semula darah.

Kalau diingat-ingat semula memang rasa letih sangat mengandung dengan GDM ni. Tapi ini bahagian kita. Macam aku cakap awal-awal tadi pahit pada mulanya tapi manis akhirnya. Alhamdulillah Hasya Ariana sihat Alhamdulillah. Lepas tu jangan lupa yer ulang check up selepas dua bulan bersalin.


xoxo


49 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. dan tahniah utk awak sebab berjaya harungi dgn kemanisan dugaan utk dpt rezeki yg satu ni.

    Insyallah semoga Ariana membesar mnjadi anak yg solehah. n boleh laa cerita kat dia nnt dulu mak ko nk dpt ko susah. hehe.

    suka sy tengok pics sebelah ni.. dr berdua, skang bertiga.
    InsyaAllah hrp sy pun dapat merasa nikmat rezeki ni jugak suatu hari nnt. :)

    All the best dear.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga awak dimurahkan rezeki. Jangan berhenti berusaha dan berdoa. Enjoy time berdua hahaha

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum puan, sy nk tanya, lepas bersalin , macamana dgn diabetis dah normal balik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Border line haha. Kena control makan tapi tak kena makan ubat lagi

      Delete
    2. As salam puan..lpas brsalin insulin tu ditruskan atau tidak..sy pn ada gdm..anak sblm ni cuma on diet control..tp no 3 kena mkn ubt n skrg nk kena insulin plk...sy trtekan sgt2..

      Delete
    3. Sama la sy anak no 1 and no. 2 ada GDM tp diet control....yg no. 3 ni mcm nak kn cucuk insulin bacaan tinggi....aduh stress ye pk bnd ni...

      Delete
  5. sy rasa banyak kali kena revise blk dos sbb merah gak la. Rasa nya starting daripada 8, sampai beranak jadi 14 kot hehehe

    ReplyDelete
  6. Bsp bacaan brapa ya dr akn suruh cucuk insulin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu sy dr akn sruh dri 5.8..klu bwh drpd tu lg bgus.. sy on insulin😊

      Delete
    2. bacaan saya agak tinggi. sebelum air gula 12 selepas 21. terus kena cucuk insulin

      Delete
  7. Replies
    1. Good luck. Keep fighting. Jaga bacaan betul2

      Delete
  8. Cik izzah xde ig ke..klu x blh kita brkongsi suka duka insulin ni..sya pom rgh down skrg ni..😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. ig : hafizahafiz

      Saya susah nak lekat, bila dh lekat ada GDM pulak. Jadi saya kena bersemangat nak jaga baby dalam perut.

      Delete
    2. Salam sis ad fb x utk sy pm psl gdm n insulin ni sb sy skrg dh 11w n stat insulin pn dr 6w..

      Delete
    3. Assalammualaikum....dila Awak ada fb atau ig tak..nak kongsi sama2 psal cucuk insulin ni....sy pun nak kena cucuk insulin ms hamil ni

      Delete
    4. Kalau boleh sy pun nak berkongsi jugak sbb sy baru 6minggu pun kena cucuk insulin dan makan ubat

      Delete
  9. berapa bacaan BSP awak klu boleh share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa 6 weeks saya dah terus kena minum air gula dan warded sebab bacaan tinggi. Lepas discaj memang terus insulin sampai la beranak. Biasanye BSP saya akan jaga. buku merah saya setebal kitab dah hehe

      Delete
  10. Hi cik izah.. nice sharing..
    Sy pun GDM sekarang ni.. sgt challenging. Dah 8 bulan ni baru kena start insulin. Mmg kena fikir positif je. Sy even jaga makan pun gula still tgi. Sbb hormon pregnancy ni lain sangat. So air kelapa ke kurma ke mmg kena tolak tepi. For the sake of my baby, kt yg GDM ni kena dgr nasihat doctor. Doc yg akan guide ape yg boleh n ape ya tak. Btl ckp cik izah, ubat jgn tinggal. Pasal baby besar la ape la tiap org lain2 kan condition dia.. saya faham sgt perasaan cik izah masa tu. sbb sy sedang go thru sume tu skrang. Nway, congrats on your GDM journey ya ! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh start insulin, kena bertambah2 alert. Tau cmner rasa hypo, alert pergerakkan baby. Good luck dan insyaAllah dipermudahkan

      Delete
  11. Same la ngn sy..kebanyakan pengalaman cik izah sme mcm sy..tang susah nk lekat tu pon sme..prnh ade sejarah miscarriage jgk..dpt Manis ni dr 1st pregnancy lg..awl2 pregnancy jgk kne mnum air gula tu 😂😂 skrg tgh 2nd pregnancy nk msuk 27w...tp yg heran nye psl pregnancy Kali ni mse 4 ke 5 bulan bacaan bsp ok...sesuai ngn dos insulin mse tu...tibe2 skrg ni Naik mncanak- canak plak...dos insulin dh brpe x dh ejas bsp tetap merah jgk..pdhal care makan sme je mcm sblm2 ni..Naiktensyen dh jd nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha baby semakin besar. Jujur je tulis BSP tu nanti doc akan adjust. kalau kite takut2 nak tulis n tak bagus jugak untuk baby n diri sndri

      Delete
  12. Seronok baca perkongsian cik Izah.. terasa the struggle is real, huhu. Tapi ape pun tahniah sis dah selamat melahirkan baby :)

    ReplyDelete
  13. Samalh dgn sy skrg.Sy bru start insulin dlm 1minggu lebih,tp sy just cucuk 2kali sehari je,Pre Lunch & Pre Bed,dos pn cuma 6unit je.Since pregnant anak no 3 ni mmg sy suka makan benda2 manis mcm ais krim,cake,donut,nescafe ais,teh ais,latte @ apa2 yg manis.Sampai la kena buat MGTT masa 20weeks,bacaan gula sy lps 2 jam tu 9.7,then bru Dr concern & suruh jumpa dietian.Lg pn sy ada hypertension,tu yg Dr on kn insulin jg sbb takut sy kena Pre Eklampsia.Almaklum la mengandung ms umur 38tahun ni,banyak benda yg nk kena jaga.Apa pn pengalaman mengandung kali ni lebih mencabar dr anak pertama & kedua. Doa kn sy & baby selamat ya Cik Izah.Apapn,sy salute dgn kesungguhan Cik Izah dlm mengawal pemgambilan gula.Sy pn tgh control jg skrg ni.Tahniah buat Cik Izah krn berjaya mengharungi dugaan GDM semasa mengandung ni.

    ReplyDelete
  14. assalam sis, sis on insulin beserta ubat kencing manis ke, @ insulins sahaja.tq

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Cik izah saya mengalami nasib yg sama dgn cik izah..�� saya seorg staff kesihatan, tp saya x kiat rasa nk guna insulin masa mengandung ni..saya ambik ubat yg doctor prescribe, tp doctor ckp maybe ubat x terlalu berkesan dgn org mengandung..saya takut dan rasa down..bila baca yg cik izah punya saya rasa semangt ��..ni anak pertama saya selapas 14 tahun kawin dan selepas 3 kali keguguran ������

    ReplyDelete
  16. Sy suka baca yg cik izah share ni, sbb lebh kurang pengalamannya dgn sy, pregnant yg pertama sy baby prem, Allah swt syg dia, tk smpat lama dgn sy, 8 hari shj, masa tu pn gdm sy tinggi.. Ini baru pregnant kali ke 2,n sy dah detect diabetes... Agak down jugak... Takut n fobia tu masih ada.. Mcm mn cik izah bina semangat, share sikit dgn sy.. Anyway sy ada follow ig cik izah...

    ReplyDelete
  17. Same la kes sy, skrang still warded.. Nk tny, berapa lama sis warded mase mula2 msuk hkl hritu?

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum puan..nak tnya minum air limau kosong boleh turunkan bcaan gula ke bg yg kena GDM

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mnum air limau tnp gula dr pagi, ke ptg. Time bsp malam, hypo terus. xtau la sbb byk mnum air limau tu ke apa

      Delete
  19. Salam puan, terima kasih atas perkongsiaan... sy juga akan kene insulin. bila baca perkongsiaan puan, rasa semanggat dan bermotivasi semula. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dah amik insulin jangan takut nak makan..jgn hypo

      Delete
  20. Alhamdulilliah..baca posting cik izah dapat mmbantu jgak kembalikan emosi.. hehee sy pun dah kena on insulin 13weeks prgnncy.. sbb bacaan sebelah pagi xberapa cantik.. sy doakan semua bakal2 mak2 yg ada gdm sentiasa positif..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah semua nye ok. kena sentiasa positif

      Delete
  21. Salam. Saya pun GDM time pregnant.. Sama mcm awak kena cucuk insulin.. Nasib baik detect awal. Nak tau dos awak berapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dos berubah2..makin besar kandungan mungkin dos akan up..sy last 37 minggu dalam 12

      Delete
  22. tq for your sharing. sy pun kena dm. nurse yg paling byk bebel n bg down . eee stress sangat. Next tuesday buat mgtt kalau tggi jugak, kena insulin dr kata Hmm sy rasa ok je kalau kena jaga makan kena bsp kena insulin. cuma x suka nurse bebel2 kecoh2 , buat sy sgt down sampai menangis teresak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl.. Nurse bising2 stress.. Pas2 asyk takut kn baby meninggal itu ini lh adoi.. Cm mls nk g klinik jmp Nurse..

      Delete
    2. hehe betul..sy sampai kena pergi darulsyifa sbb down. rasa tak ada semangat nak teruskan

      Delete
  23. Lepas bersalinkna baby,perlu lagi ke amk insulin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena minum air gula semula..kalau dah paras yg ok x perlu buat apa2..kalau paras kena makan ubat, makan ubat je tak perlu insulin

      Delete
  24. Salam puan. Saya baru dapat tahu kena gdm at 9 weeks. Risau saya puan. Saya risau kalau sebelum ni lagi saya dah ada kencing manis. Bacaan lepas air gula pula 10.8.

    Saya tak tahulah saya kuat tak nak menghadap benda ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan...sama la kita selepas minum air gula bacaan tinggi 10.4,skrg dh on start mkn ubat...sama² la kita hadapinya dgn tabah & redha...semoga dipermudahkan semuanya..

      Delete
  25. Salam puan,terima ksh kerana kongsi pengalaman...sy dh mengandung 23 minggu & ada GDM...skrg dh start mkn ubat..pertama mmg rasa down,tp berserah pada illahi & tawakal...sy mcm puan jgk..susah nak lekat...pernah mengalami keguguran sekali...alhmdlh setelah 10 tahun baru ada rezeki skrg ni.tp yg sy runsingkan skrg ni...mmg kalau mkn ubat tu efeknya kepala rasa pening ke & rasa mual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. metformin ke? mmg ada org yg xsesuai..cuba mintak doc metformin XR. kesan dia lembut sikit

      Delete
  26. Assalamualaikum puan..Tq share pengalaman puan..Sy pulak last week dh minum air gula..Tadi dpt result bacaannya 12..Esok kena minum air gula lagi..Risau plak sy :(

    ReplyDelete