Sunday, September 20, 2015

Aidilfitri 2015 dan Rendang hijau cik ani

Assalamualaikum

Hari raya Aidilfitri 2015 disambut meriah. Walaupun kami masih berdua. Tahun ni team rumah mak mentua. Hiks. Tema emerald green. Baju somi isteri dah siap lima bulan awal sebab tempah masa travel ke ho chi menh. Memang berbaloi dan siap dalam masa 24 jam je.

Walaupun kami baru tiga tahun berkahwin, tapi kami dah merasa 4 kali beraya sesama. Macam tahun tahun yang lepas, setiap hari kami akan bergilir ipoh kuala ipoh kuala sampai la cuti raya habis. Bezanya tahun ni aku tak masuk ward hahahaha dan aku cuti almost 3 weeks sebab tukor keje kan. Tapi Hafiz pulak yang kena ke Bintulu awal sebab nak siapkan kerja. Spoil betul la. Kena balik KL awal pulop. Lepas hantar je dia ke airport aku terus pulang ke kampung halaman nak menghabiskan sisa-sisa cuti yang hado.

Tahun ni kami raya dengan kaki baru yeay. Tapi sedih pulop terpaksa berpisah dengan ah chong sob sob sob
Soooo longggg ah chong semoga bertemu dengan tuan baru dan gumbira berjalan bersama-sama. I love u my first car. Kereta terbaik!

Hafiz macam chip more. kejap ada kejap tak ada. Kadang di KL kadang di Sarawak. So aku tak boleh nak plan open house macam tahun tahun lepas. Tapi ada permintaan daripada sepupu sepapat nak datang rumah, alang-alang tu aku masak la lebih dan ajak kengkawan sekali. Kebetulan tarikh nak makan-makan tu jatuh pada sehari selepas hari raya. Jadi nama jamuan nye "Makan-makan sehari selepas raya" hahaha Menu kali ni aku buat lontong, spaghetti bolognese, rendang negeri sembilan dan tiga jenis agar-agar.

Alhamdulillah tetamu pun happy dan tak ada pembaziran yeay!

Masa dekat opis lama ada satu kedai ni selalu masak rendang kaler hijau. Sedap. Dok terkenang-kenang kan rendang tu aku pun roger la kengkawan kot kot depa tahu resepi rendang hijau tu atau rendang negeri sembilan nama nye. Resepi ni dikongsi oleh ah senn dan aku bagi nama resepi rendang hijau cik ani hewhewhew

Bahan-bahan
1 ekor ayam
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 sudu kerisik
500g santan
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-cara 
1. Potong ayam, basuh dan masuk kedalam kuali.
2. Kisar cili padi + serai + kunyit + lengkuas hingga halus
3. Masukkan  bahan kisar bersama-sama ayam dan hidupkan api
4. Apabila ayam separa masak masukkan kerisik+santan+garam+asam keping dan gaul rata.
5. Gaul sehingga kering atau ikut suka nak kering camner. Masukkan daun limau purut.

Tadaaaa. Menurut empunya resepi rendang negeri sembilan ni tak payah guna bawang. Pastu penyidaan nye pun mudah. Kisar aje. Aku pakai cili padi bando 30 bijik tak rasa apa pun. Kalau nak kaw pakai la cili padi kampung. Aku share supaya tidak lupa.