Thursday, May 28, 2015

Nasi tomato & ayam masak merah

Assalamualaikum

Kalau tengah berpuasa tekak mesti merancang nak makan macam macam benda. Tetiba tekak rasa macam nak makan nasi ala-ala kenduri kahwin oii. Hari-hari koje nim sapa pulak yang buat kenduri. Daripada malas terus jadi rajin. Aku pun google beberapa resepi nasi tomato. Terima kasih tuan resepi dan aku pun adjust ikut kesesuaian. Nasi ni kalau guna beras basmathi lagi cun, tapi kalau tak da beras biasa pun buyehhh. Nasi tomato pulak lagi terangkat kalau dapat makan dengan ayam masak merah dan acar timun (Jelatah).

Nasi Tomato

Bahan bahan
2 biji tomato - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
sehelai daun pandan
3 sudu besar sos tomato
2 sudu butter
Sedikit minyak
1/2 cawan susu cair
3 cawan beras

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halis - dihiris
3 biji bunga pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak 
1. Basuh beras dan sukat air seperti biasa. Asingkan beras dan air.
2. Gunakan periuk rice cooker, panaskan diatas dapur
3. Masukkan minyak + butter, tumis bahan bahan tumis sehingga kekuningan
4. Masukkan susu cair, tomato, bawang besar, sos tomato dan garam. Tambahkan air yang telah disukat tadi dan biarkan sehingga mendidih.
** Boleh kurangkan setengah cawan air kerana kita telah tambah susu cair
5. Masukkan beras dan daun pandan
6. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
7. Apabila air telah kering, gaul rata.

 Ayam Masak Merah

Ayam dipotong kecil
Sedikit Garam
Sedekit Kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 inci halia *
2 biji bawang kecil *
2 biji bawang putih *
1 biji bawang besar potong bulat
2 sudu cili kisar
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Serbuk perasa

Cara memasak
1. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit
2. Panaskan kuali, masukkan minyak dan goreng ayam sehingga garing
3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menumis
5. Tumis bahan-bahan bertanda * dan masukkan cili kisar, masak sehingga garing
6. Masukkan sos cili, tomato dan sedikit air. Masukkan serbuk perasa dan garam
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul rata


Acar Timun / Jelatah

Bahan-bahan
1 biji timun (Aku suka guna timun jepun)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji nenas
1 sudu kecil Garam
1 sudu besar Gula
Limau

Cara memasak
1. Hiris timun, bawang, cili dan nenas. Masukkan dalam satu bekas
2. Gaul bersama sedikit garam, gula, dan perahan limau
3. Biarkan seketika