Monday, April 14, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 5


Assalamualaikum

Hari Keempat

1. Ngong Ping 360

Hari terakhir kami dekat Hong Kong. Sedih. Kalau la boleh extend lagi dua tiga hari mesti best. Flight kami pukul 8.30 malam nanti, pagi tu kami plan nak pergi Ngong Ping. Niat sebenar nak ke situ sebab nak naik cable car. Cable car lagi? Tak sama okeh, cable car ke Ngong Ping adalah  crystal.

Jam 8.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke Ngong Ping. Ada lagi tempat-tempat yang nak pergi, so kena keluar awal. Sebelum bertolak kami dah check out dari Hotel. Dekat Hotel ni kita boleh tinggalkan luggage, boleh minta tolong daripada hotel assistant. Nanti bagi la dia duit kopi-kopi :D

Ngong Ping ni sebenarnya tempat ibadat untuk penganut beragama Buddha. Dekat situ ada Patung Buddha besau dekat atas bukit. Nak pergi Ngong Ping ni kita boleh naik bas, cable car atau hiking. Serius boleh hiking. Masa aku dalam cable car, aku nampak ada orang yang hiking, naik cable car pun lebih kurang 20 minit baru sampai, kalau hiking ntah bila baru boleh sampai. Hahaha

Penganut Budha datang kesini nak beribadat
Pelancongan dekat Hong Kong memang tip top. Setiap tempat yang menarik sangat senang nak access. Lepas tu mereka akan buat tempat tu sangat-sangat menarik. Even tempat agama pun mereka boleh fikir untuk jadi lebih menarik dengan ada nya cable car.  Lagipun kawasan Ngong Ping memang sangat indah. Kalau dengan cable car, kita akan merentas laut dan bukit bukau.

Camno nak pergi ke situ:
  • Daripada Tsim Sha Tsui MTR station ke Lai king MTR station dan transit ke Tung Chung MTR Station. Fee using Octopus Card = HKD15.20
  • Dekat Tung Chung Station , Exit B
  • Kita akan nampak Citygate Outlet dan berhampiran nya ada cable car station.

Sebenarnya terdapat 2 jenis cable car, yang biasa dan crystal. Tiket yang aku beli khas untuk crystal cable car. Kita boleh juga pilih untuk naik salah satu, harga tiket lebih murah

#Harga tiket crystal cable car (Returns) = RM76 per person

Cable car station
Masa perjalanan pergi kena share, sebab ramai
Masa balik just both of us, memang sakan la bergambau
Gondola ini ana yang punya.
Dekat Ngong Ping, aktivti nya hanya bergambau je la. Landscaping superb dan banyak juga souvenir shop dekat situ. Bazar atau kedai yang ada dekat situ macam kedai zaman lama-lama. Teringat aku dekat cerita "The good old days" zaman dulu-dulu

comei x?
Welcoming cat
Patung ni mewakili haiwan dalam calender cina. Ada 10 je. Tahun kami xde cait
Sebenarnya tokong tapi nampak macam istana emperor
Semua tempat pun cantik-cantik dan dijaga dengan baik. Cuaca pun nyaman je walaupun tengah panas terik. Kami cuma bergambar sebagai kenangan. Bukan memuja atau ada niat yang lain okeh :D

#Dekat Ngong Ping pun ada makanan halal tau. Kali ni tak makan nasi beriyani lagi :D



Lebih kurang 2 jam dah settle dekat Ngong Ping. Masa tu jam baru pukul 12 tengah hari. Kami kena bertolak ke Hong Kong International Airport at least pukul 4 petang. Kami kena patah balik ke Tsim Sha Tsui nak ambil luggage. Tapi sebelum tu kami sempat menyinggah ke Citygate Outlets

2. Citygate Outlets

Citygate Outlets berhampiran dengan Cable car station dekat  Tung Chung. Wajib singgah okeh. Banyak outlet barang-barang berjenama macam levi's, coach, adidas. Semua murah-murah sebab dekat sini factory outlet. Aku sempat la menyinggah dalam Coach Outlet dan hampir-hampir nak beli handbag. Ada 50% diskaun. Tetibe ada suara yang berbisik "Cayang sedar diri sikit". Ok fine! Sepuluh minit bermuncung itik. Sedih punya pasal satu hapa pun tak beli. Adesss

Kalau ada budget nak shopping sila kesini

Seterusnya kami bertolak semula ke Tsim Sha Tsui. Aku sempat singgah ke Bonjour, sebelah Mirador Mansion je. Dekat sini ada jual free duty perfume :D

Free Duty Perfume Shop
Dalam MRT
Bye-bye Mirador
Hub kami.
Selesai ambil beg dekat hotel kami pun bergerak semula ke Tsim Sha Tsui station untuk meneruskan perjalanan balik dekat hotel. Beg yang hafiz bawa ke hulu ke hilir ni sangat berguna. Senang nak travel ada backpacks macamni. Terima kasih "Rantau Panjang". Opss. Kiri kanan ada botol. Satu botol air dan satu lagi botol kosong untuk pee pee. Air mineral dekat Hong Kong sangat mahal okeh, jadi lebih baik botol kosong, boleh refill dekat hotel ataupun dekat sana kebanyakkan tempat ada water cooler.

Kalau travel kena banyak minum plain water okeh.


Kali ini kami ke Airport dengan Airport express. Dari Tsim Sha Tsui MTR station ke Lai King MTR station. Dekat situ kena transit Airport express. Jangan lupa pulangkan semula Octopus card. Boleh dapat HKD 50 dan boleh buat tambang Airport express.

Pergi mana-mana pun beg akan beranak
Airport express



Okeh sesampai dekat Airport kami terus check-in luggage. Kalau boleh datang lebih kurang 3 jam awal sebelum departure. Hong Kong Airport besar, check-in luggage tempat lain, imegresen tempat lain. Kena naik train khas. Kalau urusan settle awal pun tak apa, kita boleh jalan-jalan dalam airport, banyak kedai. Disneyland Souvenir shop pun ada dekat sini.

Dekat Airport, Popeye restaurant halal tau. So ini la hasilnya nak mengabiskan duit Hong Kong Dollar sebelum balik malaysia. Padahal dah order nasi lemak pak nasser dalam flight sekejap lagi.


Kami selamat sampai dekat LCCT lebih kurang pukul 12.30 malam. Kami sampai dekat rumah lebih kurang pukul 2 pagi. Esoknya nasib baik aku cuti. Memang kejang urat saraf sampai kerumah.

Ada rezeki kami akan datang semula ke Hong Kong. Ini perjalanan paling jauh setakat ini. Semoga ikatan kita akan kekal hingga akhir hayat dan kita akan jalan-jalan lebih jauh dari sini ye sayang. Dengan our junior, InsyaAllah

xoxo

Thursday, April 10, 2014

Destinasi Cinta - Hong Kong Part 4

Assalamualaikum

Hari Ketiga
1. Hong Kong Ocean Park
Hari ketiga dekat Hong Kong kami akan ke Hong Kong Ocean Park. Yeay
*Chicken dance again!*
Hong Kong Ocean Park ni bukan taman tema air macam Sunway Lagoon tau, tak ada tempat nak mandi pun. Similar dengan Outdoor theme park Genting Highland. Tapi lagi banyak permainan nya. Tak silap aku roller coaster je ada 4 jenis. Aku berjaya naik satu. ucap tahniah.

Kami ada lagi setahun sebelum 3 series :D
Pemandangan dari bawah
Pemandangan dari atas
Cantik kan

Ocean Park ni sangat luas, Kawasan berbukit bukau tepi laut.  Ada setengah permainan terletak  dekat atas bukit. *Sangat indah*.  Kami menaiki "Ocean Express Waterfront" train untuk naik ke bahagian atas dan menggunakan "Waterfront cable car" untuk turun. Merasa la naik dua-dua.

Going UP
Going DOWN
Tepi laut dan jauh pulak tu
Ocean park terbahagi kepada beberapa bahagian. Kalau nak ikutkan memang tak sempat nak kejar semua attractions, permainan dan shows dalam masa satu hari. Gambau dekat bawah ni  antara permainan yang hado.

 
ai naik hok ni. hebat x?
Muka berani tapi patah balik :p
Selain Outdoor theme park, ada juga shows daripada hidupan laut seperti Dolphin dan Singa Laut. Kita kena refer pada Map sebab dekat situ ada tulis show time setiap pertunjukkan. So, kita boleh plan masa sebaiknya.

My other half sedang menelaah map
Singa Laut
Paling best
Ramai owang kan

Aku perhatikan dekat Hong Kong ni, setiap taman tema tak kira la Ocean Park, Disneyland dan lain-lain, mereka sangat menjaga kebersihan dan landscaping. Daripada toilet hingga ke Tong Sampah semua cute-cute. Walaupun dekat tandas takdop air nak jirus tapi tak ada pun bau hancing ataupun tisu bersepah-sepah. Kagum!


Dekat bahagian bawah Ocean Park, ada mini zoo. Boleh tengak Panda malas tengah makan buat tak reti je  orang tengah tengok dia. Selain daripada tu, kita boleh bergambar dengan mascot panda, ada lorong seperti Hong Kong zaman dulu, souvenir shop dan banyak lagi.

# Ocean park buka setiap hari dari 10 am ke 7.30 pm. Boleh refer dekat Ocean Park website
# Entrance fees : RM120 per person
# Dekat Ocean Park ada restaurant Halal.
Aku rasa ada kipas kat punggung dia
Old Hong Kong
Makan je
Souvenir Shop
Setiap hari pada pukul 8 malam akan ada persembahan air pancut dekat sini. Nama persembahan tu "Symbio". Memang best sebab air pancut tu keluar dengan irama muzik. Lepas tu ada laser dan api keluar dari kolam. Kalau tak salah, cerita "Symbio" tu berkisar pasal dua ekor naga. Aku tak berapa paham tapi aku nampak ada Naga. Hahahaha

Camno nak kesitu :
  • Dari Tsim sha tsui MTR station ke Admiralty MTR station. Fess HKD 8.70
  • Dekar Admiralty station kena transit naik bas. The Citybus Route 629 runs daily from Admiralty MTR Station Exit B or Central Pier No. 7. The bus fares are HK$10.60 for adults  
  • Dalam 10 minit dah sampai :)

Pemandangan daripada dalam Bas
Dah sampai :D

2. HarbourCity Mall
Selepas layan Symbio kami terus balik, lagipun Ocean Park pun dah nak tutup. Lepas dinner dekat Tsim Sha Tsui, kami pergi jalan-jalan dekat HarbourCity Mall. HarbourCity Mall dekat je, boleh jalan kaki dari Tsim Sha Tsui. Berhampiran dengan Tsim sha tsui promenade.  Walaupun dekat Hong Kong, barang berjenama sangat-sangat murah, aku tengok orang selamba je shopping tapi bukan kami :(
Hafiz kata kalau berjalan tak boleh shopping





Cuaca malam lagi sejuk daripada siang hari. Kesian Hafiz dah pakai 4 lapis baju pun masih sejuk. Sampai terfikir nak beli baju bulus-bulus dekat sana tapi lepas balik Malaysia yang panas jigat ni nak buat hapo. Buat penuh almari je. Kaki aku pun dah menggigil masa ni, rasa macam dah tak larat nak langkah, aku seret je kaki ni akhirnya sampai jugak dekat hotel.


xoxo