Thursday, May 16, 2013

Destinasi Cinta bersama Air Asia - Medan

Assalamualikum

Me: Jom jalan?
H: Nak pergi mana?
Me: Medan
H: Ok, jom
(opkos la dengan beberapa alasan yang kukuh)

Kalau plan mengejut tentulah harga tiket pun mahal dan simulated dekat Air Asia yang mana destinasi yang murah. Plan dalam 2 minggu ja. Sebab kerja dia full with surprises so kena plan short term sahaja.

Kami decided nak pergi 3 hari 2 malam. So, kami booking flight dari LCCT pada 9th Dec 2012 early morning. Kami fly pukul 9 am dan kami tiba di Polonia International Airport pun pukul 9am. Waktu dekat sana lambat sejam daripada Malaysia.

Polonia Airport, Medan


Sebab dah baca dari blog-blog lain pasal medan, so sampai je kat sana tak terkejut la kalau mereka berebut rebut tanya kita nak kemana and perlukan transport atau tak?

# cakap dah ada kawan tunggu dan lek lek lu

Bila kita pergi tempat orang kena kena rajin bertanya, so kakak dekat kedai makan airport tu suruh kami ambil teksi luar sebab lagi murah. Tapi kena jalan sikit keluar dari kawasan airport. Otw nak ke kawasan teksi luar tu, ada bapak bechak ni tahan kami dan ajak naik bechak. Bila tanya dia kata IDR 40k ke Aryaduta hotel tu. Tapi ntah macamana baik punya dia punya offer nak bawak jalan jalan dulu. Sampai je dekat hotel dia mintak IDR 75k. Ceh!

Hafiz dengan brader Bechak yang cekik darah tu!
# Bila kami check in, kami cerita dekat receptionist tu, dia kata mahal! Biasa nya naik bechak cuma IDR 15k. So, kesimpulan nya kalau nak naik bechak pusing bandar, tidak akan lebih 20k kalau dalam bandar tu yer

 Sebelum kesana aku dah booking hotel from agoda.com. Malam pertama kami akan stay dekat Aryaduta International hotel. Hotel nye sangat la cantik nye hoiii. Kalau dekat agoda ni tulis 5 stars. Tapi harga nya amat la murah. Aku dapat RM170 untuk deluxe room

Sebahagian bilik. Puas hati bawa anak 10 orang pun muat tau tidur golek-golek hikss

# Dekat Medan harga hotel semua murah-murah, kalau nak merasa duduk 5 star bawah RM200 kat sana la tempat nya. Kalau dekat Malaysia x dapat la hoiii

Lepas check in, kami plan nak ke pajak ikan. Tapi disebabkan hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Walau banyak yang tutup pun banyak jugak duit yang damage. Syok gila borong telekung kat sini. Sulam penuh baru RM30 Haish

Pajak Ikan Jalan Perniagaan

#Pajak ikan ni bukan jual ikan tau, tempat ni macam bazar yang jual tudung, telekung, kain pasang dan sebagainya. Pajak ikan ni dekat jalan perniagaan. Jangan datang hari Ahad okey

 #Medan ni sangat susah nak cari money changer, memang ada dan lagi murah dari Malaysia tau, tapi tak ada dekat tepi-tepi jalan dan kena pergi dalam Mall.

Bab Makan pulak. makanan kat medan ni boleh tahan murah nya dan senang nak cari yang halal. Kami dah jatuh cinta dekat restauran nasi padang Garuda sedap wei. Must try! Makan berdua dalam IDR75k. Nasi padang memang agak mahal tapi bagi aku ok la sebab Garuda ni restaurant yang siap dengan air-cond. Makan pulak lauk berhidang




Lepas makan kami pusing medan naik bechak turun bechak je. Boleh tahan jugak bandar medan ni, ada satu shopping Mall nama Sun Plaza. Sun Plaza ni kalau dekat Malaysia ala-ala Jaya Jusco. Sun Plaza ni combine dengan Sogo. Kat sini senang la nak cari fast food. Dekat Medan pun ada carefour  tau dekat sini la kami jumpa money changer yang sangat berbaloi baloi wootwootwoot



Medan City
Railway Station

Kalau pergi Medan tak pergi Danau Toba macam tak lengkap. Masa dekat Malaysia lagi, aku ada contact dengan sorang student Malaysia yang belajar dekat sana. Dia ni boleh menyediakan pengangkutan dan penginapan dekat Medan. Aku dah booking pengangkutan ke Medan dengan dia. Kami plan nak day trip je ke Danau Toba tapi tamak nak pergi sipiso-piso dengan berastangi jugak.

#Boleh contact dia melalui Medan homestay dan transport . Ok la bayaran nya, macam aku aritu day trip ke danau toba naik unser @ kijang hanya IDR400k dan minyak +- IDR150k. Bergolek-golek je la aku naik van besar tu bertiga je

Bergolek-golek je aku sorang kat belakang unser @ kijang ni
So, kami kena bertolak awal pukul 4 pagi sedih check out subuh-subuh. Jalan nya masyaAllah berliku-liku. Pak supir tu kata kalau tak pro memandu 11jam baru boleh sampai. Sebab dia dah biasa 5jam dah sampai wei tapi memang mengucap banyak-banyak la dengan hon sana sini hahahaha

Biasa la kalau dah bertolak pagi-pagi, kerja aku tidur je la dalam kereta, tapi bila dah sampai buka mata je tengok betapa indah nya ciptaan Allahukabar. Cantik sangat weii pokok-pokok dia pun dah lain, tasik dia saujana mata memandang dengan keadaan cuaca dia yang sejuk-sejuk. Masa tu kami dah sampai Parapat.


Dah sampai Parapat yeay!
Betapa indah nya ciptaan Allah

cantik!
 

Pak supir tu hantar kami dekat Jeti, dari Jeti tu kita boleh ke Pulau Somasir. Dekat Pulau Somasir tu la ada kawasan nama nya Tomok sejarah tak mungkin berulang hewhewhew.  Dekat Pulau tu bagi aku tak ada apa-apa sangat selain daripada tempat tinggalan sejarah. Kebanyakan orang dekat Danau Toba berketurunan batak dan beragama kristian so jangan terkejut la tengok mereka peluk oink oink macam peluk teddy bear wiwiwiwiwiwi

Jeti dari Perapat ke Pulau Somasir
Ini la bot yang kami naik. Boleh bawa motor sekali tau

# Naik Feri daripada jeti ke pulau tu dalam 45 minit je dan bayaran IDR5k je. Pergi dan balik mesti la dekat jeti yang sama kalau tidak nanti dia akan berhenti dekat tempat lain.

Dekat Tomok tu banyak kedai-kedai yang jual souvenir dan t-shirt lawa-lawa. Kalau nak beli cuba mintak diskaun banyak-banyak tapi bila mereka dah bagi jangan tak jadi beli pulak yer. Kat Pulau Somasir ni banyak jugak hotel atau cottage. Kalau lama dekat sana boleh la sewa motor pusing Pulau Somasir tu. Danau Toba memang tak ada apa-apa dan sangat sesuai untuk orang yang cintakan alam sekitar, photography dan honeymoon :D

Tak nak beli jangan tanya lebih-lebih. hahaha
Perkuburan lama orang batak


Sejarah mungkin berulang? Jeti-jeti tu ada nama tau, macamni nama nya Ajibata. Tiga raja pun ada


Pak Supir bagi masa sampai pukul 2 petang sebab kami nak bertolak ke si piso-piso waterfall dan Berastangi pulak. Kami sampai sampai dekat si piso-piso dalam pukul 4 petang. Jalan nye Nauzubillah lereng-lereng bukit. Tapi Alhamdulillah pemandangan Danau Toba sangat cantik. Si piso-piso ni waterfall yang air nya keluar dari bawah tanah. Kalau larat dan banyak masa boleh la turun bawah dan mandi manda. Tapi ada aku baca blog orang kata scary mary

Lereng-lereng bukit ke Si piso-piso. scary

Tapi cantik
Si hafizah dan si piso-piso waterfall
Kabus tebal selepas hujan macam dekat obersi pulak ye
Lepas tu kiteorang terus gerak ke Berastangi tapi nasib tak berapa baik sebab jem. Jalan kat sana semua satu lane je, susah nak potong kena redha je la. Kami sampai dekat Berastangi dah hampir maghrib. Kedai pun dah banyak tutup sedih tak sempat naik kereta kuda dan jalan-jalan kat pasar dia. Berastangi ni macam Cameron highland la, kawasan tanah tinggi yang sejuk.

Tengokla betapa banyak kobis dia
Kami sambung perjalanan ke Medan sebab flight kami pukul 8.30 pagi. Sampai dekat Medan dah hampir pukul 11 malam. Aku dah booking Hotel Perdede Medan dari Agoda. So far percutian aku ni menarik la walaupun agak terkejar-kejar.

Nak balik KL dah
# Kalau plan nak pergi Medan, kena ada at least 3 hari (1 hari dekat Danau Toba @ Perapat , 1 hari dekat Berastangi dan 1 hari dekat Medan. Baru la puas hati sebab jarak antara tempat-tempat ni memang la jauh.

# Kalau ambil pakej mungkin lagi banyak tempat yang boleh pergi seperti istana maimun, kilang kain batik








2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Fadly medan transport MENYEDIAKAN pakej tour fullboard 4d3n muslim berbaloi dan mewah.
    Langsung dengan pemilik transportnya.
    Fakej HANYA RM 480/FAX - 6 ORG transport inova
    Call to whatsapp langsung bertanya
    +6281376455045
    Email :Julfadlysiagian@gmail.com
    NO PAYMENT NO AGENT
    Tanpa orang tengah

    ReplyDelete